MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB RAKAN MUDA TANGGA BATU MELAKA KALI KE-19 TAHUN 2026 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Pantai Kundor, 31 Januari 2026 – Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rakan Muda Tangga Batu Melaka Kali Ke-19 bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 January 2025 (Sabtu) jam 08.30 malam bertempat di Dewan JAPERUN Pantai Kundor, Melaka di bawah pimpinan Saudara Abdul Rafi Muiz bin Omar, Pengerusi Kelab Rakan Muda Tangga Batu.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Tuminah binti Kadi @ Hashim, Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor.

Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Jefri bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Puan Sharifah binti Ismail, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Daerah Melaka Tengah dan Encik Muhammad Asri bin Yaakub, Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Tangga Batu.

Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada Kelab Rakan Muda Tangga Batu dan berharap agar terus aktif dan dijadikan sebagai platform pembangunan sahsiah, kepimpinan, ekonomi dan penglibatan aktif belia di kawasan Tangga Batu.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 11:34:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search