- JBS Melaka
- Hits: 47
KEM KONTINJEN PARA SUKMA NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 47
GOPENG, 4 Februari 2026 – Seramai tiga puluh dua (32) orang yang terdiri daripada pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka serta Penggerak Sukan Para telah menyertai Kem Kontinjen Para SUKMA Melaka 2026 selama tiga (3) hari bermula 2 hingga 4 Februari 2026 bertempat di Himalaya Camping Resort, Gopeng, Perak. Program ini bertujuan memperkukuhkan hala tuju Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka bersama Majlis Sukan Negeri Melaka yang akan mengambil alih tanggungjawab menyelaras pengurusan kontinjen selepas ini.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Siti Hajar binti Sulaiman, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir ialah YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Menerusi penganjuran kem ini, proses peralihan pengurusan Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka kepada Majlis Sukan Negeri Melaka telah dilaksanakan secara rasmi.
