MASJID TANAH 23 JULAI 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Agong 4B Kawasan Masjid Tanah bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dengan kehadiran 50 ahli jawatankuasa. Tahniah kepada YBhg. Encik Zaidi bin Tahir, Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah diatas persidangan mesyuarat.
Mesyuarat Agong telah dirasmikan oleh YBhg Encik Shahful Rizal bin A.Bakar, Pengurus Besar Melaka Bekal Sdn.Bhd. Turut hadir sama Encik Sodikin bin Ali , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
LENDU 23 JULAI 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Agong 4B (M) Kawasan Alor Gajah bertempat di Dewan Japerun Durian Tunggal . Tahniah kepada YBhg. Encik azri Khairi Bin Juaher, Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Alor Gajah diatas persidangan mesyuarat.
Mesyuarat Agong telah dirasmikan oleh YB Zahari Bin Khalil, Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal. Hadir bersama YB Senator Datuk Mustafa Musa , Senator Dewan Negara dan Encik Ahmad Faiz bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.
MASJID TANAH 23 JULAI 2024 - Telah berlangsung Liga Sukan Komuniti (LSK) Acara Sepak Takraw Peringkat Daerah Alor Gajah pada 21 Julai 2024 (Ahad) bertempat di Kompleks Sukan Masjid Tanah. 16 pasukan telah berentap bagi merebut gelaran juara kejohanan. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah bersama rakan strategik Kelab Sukan Rekreasi Kembara dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka berlangsung meriah dengan kehadiran penyokong dan ahli keluarga.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah mengucapkan terima kasih atas penyertaan pasukan. Tahniah kepada yang telah Berjaya. Berikut adalah keputusan keseluruhan.
AYER KEROH 23 JULAI 2024 - Usaha untuk memperkasakan jalinan kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan terus diperhebatkan melalui inisiatif penyediaan kemudahan sukan yang kondusif dan terbaik. Bagi merealisasikan hasrat ini Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan bagi menaiktaraf padang bola sepak stadium utama di negeri Melaka.
Selaras dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh YB Tuan P. Shanmugam A/L Pitchay Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama wakil-wakil agensi seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Sukan Negeri Melaka dan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka.
MERLIMAU, 23 Julai 2024 - Taklimat Penubuhan Sekretariat Rakan Muda IPT Politeknik Merlimau di Bilik Mesyuarat, Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Merlimau.
.
Taklimat telah disampaikan oleh Azira Irmayani Aripin, Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir ialah Zailani, Pegawai Sukan Politeknik Merlimau; dan Muhammad Norman Omar, Pegawai Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.
.
Antara Objektif Penubuhan Sekretariat Rakan Muda IPT ialah meluaskan capaian program Rakan Muda kepada belia pengajian tinggi. Selain itu juga, ia dapat mendekati belia pengajian tinggi melalui pelaksanaan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan membuka peluang kepada golongan belia pengajian tinggi untuk merancang serta melaksana pelbagai program Gaya Hidup Rakan Muda.
BEMBAN, 21 Julai 2024 - Kejohanan Sepak Takraw sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Jasin 2024 telah melabuhkan tirai dengan jayanya di Dewan Terbuka Japerun Bemban. Sebanyak 16 regu berentap bagi merebut hadiah berjumlah RM1,000 dan tempat mewakili daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka.
.
Berikut adalah keputusan :-
Johan - QB Titans A
Naib Johan - SUKMA Melaka
Ketiga - FS Ceria B
Keempat - QB Titans B
.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Mohd Raziff Adip, Pegawai Penyelaras Dun Bemban. Turut hadir Muhammad Faizzudin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin; dan Md Yusuf Muhamad, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Jasin.
.
QB Titans A membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, Medal dan Sijil Penyertaan. Manakala SUKMA Melaka membawa pulang wang tunai berjumlah RM300, Medal dan Sijil Penyertaan.
.
QB Titans A dan SUKMA Melaka akan mewakili daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung bulan hadapan.
.
Sijil Penghargaan turut diberikan kepada GB4B (M) Kawasan Jasin, Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka (PASTAM) dan Japerun Bemban dalam membantu melancarkan perjalanan kejohanan.
SUNGAI RAMBAI, 20 Julai 2024 - Kejohanan Ping Pong Berpasukan sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Jasin 2024 telah menutup tirai dengan jayanya di SJK (C) Chung Hwa, Sungai Rambai. Sebanyak 10 pasukan berentap bagi merebut hadiah berjumlah RM1,000 dan tempat mewakili daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka.
.
Berikut adalah keputusan :-
Johan - MTTC Helang
Naib Johan - MTTC Hurricane
Ketiga - PDTJ
Keempat - MTTC Gold
.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin. Turut hadir Md Yusuf Muhamad, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Jasin.
.
Terdahulu, Majlis Perasmian Kejohanan telah disempurnakan oleh Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
MTTC Helang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, Medal dan Sijil Penyertaan. Manakala MTTC Hurricane membawa pulang wang tunai berjumlah RM300, Medal dan Sijil Penyertaan.
.
MTTC Helang dan MTTC Hurricane akan mewakili daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung bulan hadapan.
.
Sijil Penghargaan turut diberikan kepada Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Jasin, Persatuan Ping Pong Negeri Melaka dan SJK (C) Chung Hwa dalam membantu melancarkan perjalanan kejohanan.
KUALA TERENGGANU 20 JULAI 2024 - Program Tayangan Skrin Besar KBS merupakan program di bawah Gaya Hidup Rakan Digital yang menjadi tumpunan pelbagai lapisan masyarakat. Dalam usaha memperkasakan program ini satu Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Tayangan Skrin Besar JBSN 2024 telah diadakan di Raia Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu.
Bengkel ini melibatkan pegawai-pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri seluruh negara. Hadir bersama Encik Mohd Azhari bin Mohammad Ketua Pengarah JBSN dan Encik Abd Aziz bin Abd Rahman Timbalan Ketua Pengarah (Sukan) JBSN.
ALOR GAJAH 19 JULAI 2024 - Program Rakan Aktif Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu bagi siri ke-8 berlangsung meriah dengan penyertaan daripada pelajar-pelajar di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Program kali ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah bertempat di Dataran Keris Alor Gajah. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan seperti senamrobik dan sukaneka.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini khususnya guru-guru pengiring yang bersama-sama menguruskan pelajar-pelajar yang hadir. Semoga sokongan dan kerjasama ini akan terus diperhebatkan dalam usaha untuk merealisasikan hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.