- JBS Melaka
- Hits: 75
KUNJUNG HORMAT DAN PERBINCANGAN PROGRAM BERSAMA PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH
LESONG BATU , 18 Julai 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjung Hormat dan Perbincangan Program Rakan Prihatin Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Menyantuni Warga Emas dan kanak-kanak serta Rakan Aktif Senaman Warga Emas yang akan dilaksana pada Julai dan Ogos 2024.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah bersama rakan strategik Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah ini adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran, pengalaman serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan aktiviti bersama kanak-kanak dan warga emas di komuniti setempat.Sesi Perbincangan membincangkan berkaitan pelaksanaan serta pengisian program dan peranan agensi dalam bersama menjayakan program.
Sesi perbincangan ini dihadiri oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin , Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah, Puan Hasnuren binti Mohd Huzali , Unit Rakan Muda , Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah bersama Puan Aimi Nadia binti Abd. Rahman, Unit Warga Emas dan OKU, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah.
- JBS Melaka
- Hits: 75
