HEBAHAN PENYELARASAN KADAR SEWAAN FASILITI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

AYER KEROH , 12 Januari 2026 – Adakah anda sedang mencari tempat bersukan yang selesa, moden, namun tidak membebankan poket? Inilah masanya untuk anda kembali ke Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Melaka.
Mengapa Anda Perlu Memilih KOMBES Hari Ini? KOMBES menawarkan fasiliti wajah baharu & mesra OKU serta mempunyai kemudahan bagi acara sukan yang lebih menyeluruh.

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin memaklumkan penyelarasan kadar sewaan dan kemudahan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Melaka selaras dengan syor daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harga (JPPH) Negeri Melaka bertarikh 6 Januari 2026 yang akan berkuatkuasa serta-merta.
Harga sewaan terkini adalah seperti berikut (RM) :

 Dewan Besar - RM100.00 sejam/ 900.00 sehari
 Bilik Mesyuarat (40 Orang) - RM50.00 sejam/ RM400.00 sehari
 Gelanggang Bola Jaring / Bola Keranjang Tertutup - RM50.00 sejam (siang) RM60.00 sejam (malam)
 Badminton Tertutup - RM13.00 sejam (siang) RM18.00 sejam (malam)
 Bola Jaring Terbuka - RM10.00 sejam (siang) RM15.00 sejam (malam)
 Sepak Takraw Terbuka - RM12.00 sejam (siang) RM15.00 sejam (malam)
 Petanque Terbuka - RM15.00 sejam (siang) RM20.00 sejam (malam)
 Tenis Terbuka - RM15.00 sejam (siang) RM20.00 sejam (malam)
 Futsal Tertutup - RM80.00 sejam (siang) RM100.00 sejam (malam)
 Pickleball Terbuka - RM15.00 sejam (siang) RM20.00 sehari (malam)
 Bilik Kuliah 1 (40 Orang) - RM40.00 sejam / RM320.00 Sehari
 Bilik Kuliah 2 (30 Orang) - RM40.00 sejam / RM320.00 Sehari
 Bilik Hub Belia - RM50.00 sejam/RM400.00 sehari
 Gimnasium – RM10.00 Per Kemasukan

Sebarang pertanyaan, KOMBES Melaka sedia dihubungi melalui talian 06-2321116 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search