- JBS Melaka
- Hits: 135
SESI TAKLIMAT PROGRAM BERSAMA YB EXCO PEMBANGUNAN BELIA, SUKAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) NEGERI MELAKA
AYER KEROH 23 OGOS 2024 - Satu sesi Taklimat kepada YB Tuan P. Shanmugam A/L Pitchay telah diadakan di Pejabat Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Taklimat ini merupakan sesi perbincangan bagi penyelarasan berkaitan status perancangan dan pelaksanaan program belia dan sukan. Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan Mini Fit Malaysia Melaka 2024, pergerakan Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka, sambutan Hari Sukan Negara 2024 dan Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka.
Taklimat ini telah diberikan oleh Encik Mohd Khairol bin Kamis Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Semoga inisiatif ini akan membantu memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan program-program belia dan sukan di samping memperkasakan lagi jalinan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
- JBS Melaka
- Hits: 135
