- JBS Melaka
- Hits: 39
HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA (HKBM) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 39
Tanjung Tuan, 6 Disember 2025 – Lebih 200 peserta yang terdiri daripada Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT, Kelab Rakan Muda serta Ahli Dewan Belia Negeri Melaka telah menyertai program Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Negeri Melaka 2025 yang berlangsung di Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Jabatan Perhilitan Negeri Melaka serta Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Berhormat Datuk V.P Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO’s Negeri Melaka yang seterusnya merasmikan program tersebut. Turut hadir, Yang Berusaha Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Yang Berusaha Encik Khirun Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka serta Yang Berusaha Encik Yong Li Tian, Penolong Pegawai Jabatan Perhilitan Negeri Melaka.
Penganjuran ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan pemeliharaan alam, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti belia di negeri Melaka.
