ATLET OKU TENPIN BOWLING LISOKU NEGERI MELAKA TERIMA INSENTIF

Melaka, 1 Disember 2025 – Majlis Pengupayaan Atlet OKU sempena Liga Sukan OKU Negeri Melaka (LiSOKU) Tenpin Bowling telah berlangsung dengan meriah di Botanical Café, Melaka. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan Pasukan Tenpin Bowling LiSOKU Melaka yang meraih dua pingat emas dengan aksi yang cemerlang kerana pasukan tersebut dibarisi bakat baharu termasuk atlet yang pertama kali beraksi di kejohanan bertaraf tinggi.
Majlis penyampaian insentif ini telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Dermawan bin Samsudin, Pegawai Belia dan Sukan Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka serta Encik Abu Bakar bin Nyet, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka.
Dalam majlis yang sama, turut disampaikan insentif kepada atlet cemerlang Mohd Azrin bin Rahim atas kejayaan meraih pingat emas dan perak serta Julieyati binti Abd Jalal yang berjaya membawa pulang pingat gangsa di Kejohanan 2nd Para Championship 2025.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima insentif atas kegigihan dan kejayaan mereka. Semoga pencapaian ini terus menyuntik semangat kepada atlet-atlet OKU Melaka untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.
KBSMalaysia JBSNegara Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Zailani Siran VP Shanmugam Ab Rauf Yusoh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search