Program Rakan Muda Rakan Demokrasi: Undi Orang Muda – Simulasi Pilihan Raya Daerah Jasin Siri 1 Tahun 2025

4 Disember 2025; Merlimau, Jasin – Program Rakan Muda Rakan Demokrasi: Undi Orang Muda telah berjaya dilaksanakan melalui penganjuran Simulasi Pilihan Raya Daerah Jasin Siri 1 Tahun 2025 bertempat di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau.
Seramai 116 peserta terdiri daripada pelajar dan belia setempat telah mengambil bahagian dalam program ini yang bertujuan memberi pendedahan awal mengenai proses pilihan raya, sistem demokrasi, serta peranan anak muda sebagai pengundi berinformasi.
Melalui simulasi ini, peserta diberi peluang merasai suasana sebenar proses pengundian termasuk sesi penamaan calon, kempen ringkas, pengundian dan kiraan undi. Program ini juga memberi kefahaman terhadap kepentingan penglibatan belia dalam menentukan hala tuju negara.
Penganjuran ini turut menyokong usaha memperkasa literasi sivik dan meningkatkan kesedaran demokrasi dalam kalangan generasi muda di Daerah Jasin

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search