MERLIMAU, Melaka 23 November 2025 - Rakan Muda Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia Siri 6 Tahun 2025 telah berlangsung pada 23 November 2025 di Kg Solok Kilang Berapi, Merlimau. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin ini menghimpunkan sukarelawan muda bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan. Antara pengisian ialah menyantuni warga emas, pertandingan dam aji, serta aktiviti gubahan air yang mendapat sambutan baik daripada komuniti setempat. Program ini berjaya memupuk semangat kesukarelawan dan mengeratkan hubungan antara belia dan masyarakat.
Merlimau, 23 November 2025 โ Program Senama Warga Emas Daerah Jasin 2026 Siri 6 telah berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan Surau Ar-Rahman, Kampung Solok Kilang Berapi, Merlimau. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin ini berjaya menarik penyertaan warga emas dari sekitar kawasan Merlimau yang hadir bagi menyertai aktiviti senaman dan kesihatan. Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas melalui aktiviti fizikal ringan yang sesuai dengan kemampuan mereka, di samping menggalakkan interaksi sosial dan semangat komuniti. Para peserta turut diberikan penerangan berkaitan penjagaan kesihatan asas serta kepentingan aktiviti kecergasan berkala. Menurut pihak urusetia, penganjuran siri ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan akan diteruskan di lokasi-lokasi lain sekitar Daerah Jasin sebagai usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan warga emas. Program berakhir sekitar tengah hari dengan suasana ceria serta penghargaan kepada semua peserta dan sukarelawan yang terlibat.
ALOR GAJAH, 22 NOVEMBER 2025 - Program Rakan Muda Rakan Demokrasi : Undi Orang Muda / Simulasi Pilihan Raya Peringkat Daerah Alor Gajah Siri 2 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya sebagai satu inisiatif memperkasa literasi demokrasi dan kesedaran pengundian dalam kalangan belia. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama ๐ฃ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ถ๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ serta ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ ๐ฐ๐ (๐ ) ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ป๐ด ๐๐ผ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด. Seramai 100 orang peserta belia terlibat dalam pelbagai pengisian yang menjurus kepada pendedahan proses pilihan raya, peranan sebagai pengundi muda serta latihan simulasi pengundian sebagai persediaan menghadapi pilihan raya sebenar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh ๐ฌ๐๐ ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐จ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐ฏ ๐ฅ๐ฎ๐๐ณ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ฌ๐๐๐ผ๐ต, Ketua Menteri Melaka, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan belia sebagai penentu landskap demokrasi negara pada masa hadapan. Turut hadir majlis perasmian ialah barisan tetamu kehormat; ๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฉ.๐ฃ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ป๐บ๐๐ด๐ฎ๐บ ๐ฎ/๐น ๐ฉ. ๐ฃ๐ถ๐๐ฐ๐ต๐ฎ๐, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGOโs Negeri Melaka; ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฟ๐ถ๐ป๐ฎ ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐ง๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐, Pegawai Daerah Alor Gajah; ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ญ๐ฎ๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ฆ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐ฆ๐ต๐๐ถ๐ฏ, Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka; ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐๐ต๐ถ๐ฟ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฏ๐ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah; ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ณ๐๐น ๐ ๐ฎ๐ฎ๐ฟ๐ผ๐ณ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ ๐ฎ๐๐ฟ๐ผ๐บ, Timbalan Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah serta ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ถ๐ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐๐ถ๐, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kampung Londang. Penganjuran siri kedua ini jelas menunjukkan komitmen pelbagai agensi dan rakan strategik dalam memastikan golongan belia memahami tanggungjawab sivik serta berupaya membuat keputusan bermaklumat dalam proses demokrasi negara.
AYER KEROH, 21 November 2025 โ Perjumpaan rasmi Jawatankuasa Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) bersama Pengarah baharu, Encik Zailani Bin Siran, berlangsung penuh bersemangat di Bilik Mesyuarat JBSNM, di sini hari ini. . Pertemuan sulung ini sejak beliau melapor diri pada Mac 2025 membuka tirai kepada hala tuju dan strategi komunikasi JBSNM bagi tahun hadapan, khususnya dalam memperkukuh penyampaian maklumat kepada masyarakat. . Dalam amanatnya, Encik Zailani menekankan peranan besar Jawatankuasa Media sebagai โnadi penyampaiโ yang menggambarkan imej jabatan. Beliau turut menggariskan sasaran utama iaitu 200 laporan berita rasmi sepanjang tahun, yang hanya dikira lengkap setelah dimuat naik ke empat platform utama: Facebook, Instagram, X, serta Portal Jabatan Belia dan Sukan Negara. . Beliau menegaskan bahawa penghasilan berita bukan sekadar memenuhi KPI, tetapi mencerminkan komitmen JBSNM dalam memastikan program belia dan sukan di Melaka terus mendapat perhatian rakyat. . Jawatankuasa Media JBSNM dianggotai oleh wakil daripada Bahagian Pentadbiran, Bahagian Rakan Muda, Bahagian Belia, Bahagian Sukan, Kombes, PBSD Jasin, PBSD Alor Gajah dan PBSD Melaka Tengah, menjadikan pasukan ini sebuah gabungan mantap yang berperanan sebagai tulang belakang komunikasi jabatan. . Pertemuan ini jelas memberi suntikan motivasi kepada seluruh ahli jawatankuasa untuk meningkatkan mutu pelaporan serta memperkukuh kehadiran digital JBSNM demi manfaat belia Melaka. . โKita bukan sekadar melapor, kita membina nilai dan membawa cerita kejayaan belia Melaka ke hadapan,โ tegas beliau, disambut dengan azam baharu oleh seluruh pasukan media.
AYER KEROH, 19 NOVEMBER 2025 - Telah berlangsung Majlis Pelepasan & Penyerahan Bendera kepada pasukan yang mewakili Negeri Melaka ke Kejohanan Bola Sepak Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 22 November 2025 bertempat di IRC Arena, Sendayan Negeri Sembilan. Majlis pelepasan dan penyerahan bendera kepada kontinjen ini telah disempurnakan oleh YB Datuk P Shanmugam a/l V Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Hadir sama, Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama Encik S. Krishnan selaku Pengerusi Persatuan Guru Besar SRJK (T) Negeri Melaka. Selamat bertanding! Majulah sukan untuk semua!
AYER KEROH, 21 November 2025- Telah berlangsung lawatan pemeriksaan perakuan siap kerja bagi Projek Menaik Taraf Gelanggang Futsal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tujuan lawatan pemeriksaan siap kerja ini merangkumi semakan skop kerja, pembekalan alatan sukan, kemasan akhir dan kerja-kerja pembersihan tapak projek. Satu Gelanggang Futsal baharu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka ini dibina bagi memenuhi permintaan belia setempat dan menjadikan kompleks ini kawasan tumpuan semua aktiviti sukan di Negeri Melaka khususnya. Sesi pemeriksaan ini telah dihadiri oleh Encik Muzaizi bin Mohammad, Pengurus KOMBES Negeri Melaka, Puan Nurhanani binti Tarik dan Encik Mohd Ariff bin Mohamad Arifin selaku Pegawai Pemantauan Projek Pembangunan JBSNMelaka. Warga Melaka, ayuh meriahkan KOMBES Melaka!
Bandar Utama, 20 November 2025 โ Seramai 50 orang peserta telah menyertai Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025, yang berlangsung selama dua hari bermula 19 hingga 20 November 2025 bertempat di Camp 5, 1 Utama, Bandar Utama. Program dengan kerjasama Kelab Olahraga Parameswara ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas sukan mendaki tembok tiruan melalui latihan teori dan amali yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah. Peserta diberi bimbingan mengenai teknik asas pendakian, kawalan pergerakan, penggunaan peralatan, serta aspek keselamatan yang menjadi keutamaan dalam sukan ini. Sepanjang kursus, para peserta turut menjalani sesi latihan praktikal di dinding panjat profesional Camp 5, yang menyediakan pelbagai laluan dengan tahap kesukaran berbeza. Aktiviti berbentuk simulasi situasi sebenar turut dijalankan bagi meningkatkan keyakinan, ketahanan mental dan fizikal, serta keupayaan bekerja dalam pasukan. Penganjuran kursus ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengembangkan minat belia terhadap sukan mendaki dan melahirkan lebih ramai pelapis negeri dalam sukan berprestasi tinggi. Keupayaan peserta menguasai kemahiran asas dengan baik sepanjang program menunjukkan potensi besar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Zailani Siran dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.
DURIAN TUNGGAL, 19 November 2025 - Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 2/ 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kolej Yayasan Saad, Melaka. Seramai 547 orang peserta hadir menerima Sijil Pentauliahan dalam majlis berkenaan. . Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan Pingat Perak dan Gangsa ARPRM telah disempurnakan oleh Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir Encik Azmi Bin Muhammad, Koordinator ARPRM Kolej Yayasan Saad. Seramai 820 orang peserta daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah berjaya ditauliahkan dengan 486 peserta pingat Gangsa dan 334 peserta pingat Perak. . Antara IPT dan sekolah yang terlibat menghantar peserta ialah Politeknik Melaka, UiTM Alor Gajah, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), IKTBN Alor Gajah, SMK Lubok China, SMK Air Molek, Kolej Yayasan Saad, SMK Gajah Berang, SMK Teknik Melaka, SMK Sungai Udang, SMK St. Francis, SMK Methodist, SMK Malim, SMK Infant Jesus Convent, SMK Bukit Baru, SMJK Yok Bin SMJK Notre Dame Concent dan Kolej Tingkatan Enam Melaka.
MERLIMAU, 18 November 2025 - Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 1/ 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Titanium, Politeknik Merlimau Melaka. Seramai 300 orang peserta hadir menerima Sijil Pentauliahan dalam majlis berkenaan. . Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan Pingat Perak dan Gangsa ARPRM telah disempurnakan oleh Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka. . Turut hadir Puan Nur Hasyiqin Binti M Ali Othman @ M Ali, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara; Encik Zailani Bin Siran, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Left. Kolonel Tuan Norizam Bin Sekak, Pengarah Politeknik Merlimau Melaka; Encik Haniff Bin Omar, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka; Puan Asliza Binti Yusof, Penolong Pengarah Kanan HEP, Uitm Jasin; dan Cik Hajah Musalmah Binti Mohammad, Timbalan PPD, Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin. Seramai 866 orang peserta daerah berjaya ditauliahkan dengan 583 peserta pingat Gangsa dan 283 peserta pingat Perak. . Antara badan operasi ARPRM yang terlibat ialah Politeknik Merlimau Melaka, MRSM Tun Ghafar Baba, SMK Selandar, SMK Tun Syed Zahiruddin, SMK Dang Anum, SMK Tun Perak, SMK Sungai Rambai dan UiTM Jasin.