AMANAT PENGARAH CETUS AURA BAHARU JAWATANKUASA MEDIA JBSNM

AYER KEROH, 21 November 2025 – Perjumpaan rasmi Jawatankuasa Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) bersama Pengarah baharu, Encik Zailani Bin Siran, berlangsung penuh bersemangat di Bilik Mesyuarat JBSNM, di sini hari ini.
.
Pertemuan sulung ini sejak beliau melapor diri pada Mac 2025 membuka tirai kepada hala tuju dan strategi komunikasi JBSNM bagi tahun hadapan, khususnya dalam memperkukuh penyampaian maklumat kepada masyarakat.
.
Dalam amanatnya, Encik Zailani menekankan peranan besar Jawatankuasa Media sebagai “nadi penyampai” yang menggambarkan imej jabatan. Beliau turut menggariskan sasaran utama iaitu 200 laporan berita rasmi sepanjang tahun, yang hanya dikira lengkap setelah dimuat naik ke empat platform utama: Facebook, Instagram, X, serta Portal Jabatan Belia dan Sukan Negara.
.
Beliau menegaskan bahawa penghasilan berita bukan sekadar memenuhi KPI, tetapi mencerminkan komitmen JBSNM dalam memastikan program belia dan sukan di Melaka terus mendapat perhatian rakyat.
.
Jawatankuasa Media JBSNM dianggotai oleh wakil daripada Bahagian Pentadbiran, Bahagian Rakan Muda, Bahagian Belia, Bahagian Sukan, Kombes, PBSD Jasin, PBSD Alor Gajah dan PBSD Melaka Tengah, menjadikan pasukan ini sebuah gabungan mantap yang berperanan sebagai tulang belakang komunikasi jabatan.
.
Pertemuan ini jelas memberi suntikan motivasi kepada seluruh ahli jawatankuasa untuk meningkatkan mutu pelaporan serta memperkukuh kehadiran digital JBSNM demi manfaat belia Melaka.
.
“Kita bukan sekadar melapor, kita membina nilai dan membawa cerita kejayaan belia Melaka ke hadapan,” tegas beliau, disambut dengan azam baharu oleh seluruh pasukan media.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search