820 ORANG PESERTA DAERAH MELAKA TENGAH DAN ALOR GAJAH BERJAYA DITAULIAH DALAM MAJLIS ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA NEGERI MELAKA SIRI 2/2025

DURIAN TUNGGAL, 19 November 2025 - Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 2/ 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kolej Yayasan Saad, Melaka. Seramai 547 orang peserta hadir menerima Sijil Pentauliahan dalam majlis berkenaan.
.
Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan Pingat Perak dan Gangsa ARPRM telah disempurnakan oleh Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir Encik Azmi Bin Muhammad, Koordinator ARPRM Kolej Yayasan Saad.
Seramai 820 orang peserta daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah berjaya ditauliahkan dengan 486 peserta pingat Gangsa dan 334 peserta pingat Perak.
.
Antara IPT dan sekolah yang terlibat menghantar peserta ialah Politeknik Melaka, UiTM Alor Gajah, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), IKTBN Alor Gajah, SMK Lubok China, SMK Air Molek, Kolej Yayasan Saad, SMK Gajah Berang, SMK Teknik Melaka, SMK Sungai Udang, SMK St. Francis, SMK Methodist, SMK Malim, SMK Infant Jesus Convent, SMK Bukit Baru, SMJK Yok Bin SMJK Notre Dame Concent dan Kolej Tingkatan Enam Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search