JOHOR BAHRU 28 JULAI 2024 - YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka hadir bagi menyempurnakan majlis penutup Program KLAS Mendaki Peringkat Negeri Melaka 2024 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi REDTMA. Program yang berlangsung pada 27 dan 28 Julai 2024 ini telah diadakan di RockWorld Johor Bahru.
Tahniah diucapkan kepada semua 30 orang peserta yang telah berjaya menyertai program ini. Program ini bukan sahaja telah membantu membangunkan sukan mendaki tanah air malah telah memberi peluang dan pengalaman baharu kepada peserta dengan merasai kemudahan tembok tiruan terbaik yang ada di dalam negara.
Semoga program ini memberikan manfaat kepada penggiat-penggiat sukan mendaki di samping memperhebatkan usaha melahirkan bakat baharu sukan mendaki. Terima kasih jua diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini seperti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan RockWorld Johor Bahru.
- JBS Melaka
- Hits: 198
