HONORARIUM PASUKAN PARA RENANG NEGERI MELAKA

Melaka, 27 Oktober 2025 – Majlis penyerahan honorarium Program Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka telah berlangsung melibatkan Pasukan Para Renang Negeri Melaka dan Pasukan Para Olahraga Negeri Melaka.
Bagi Pasukan Para Renang Negeri Melaka, seramai enam (6) orang atlet para bersama dua (2) orang pengurus dan jurulatih telah menerima honorarium tersebut. Turut sama, Pasukan Para Olahraga Negeri Melaka yang terdiri daripada sepuluh (10) orang atlet para serta seorang (1) pengurus turut menerima honorarium berkenaan.
Majlis penyerahan telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyerahan baju latihan Para Negeri Melaka kepada para atlet dan pegawai terlibat.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menghargai komitmen dan semangat juang atlet para negeri Melaka dalam persiapan menghadapi temasya Para SUKMA 2026. Semoga suntikan semangat dan penghargaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang kontinjen para Melaka di pentas kebangsaan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search