- JBS Melaka
- Hits: 13
Program Rakan Muda Rakan Bumi: Eksplorasi Alam Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2025 (Ekspedisi Gua Batu Maloi)
- JBS Melaka
- Hits: 13
Tampin, 26 Oktober 2025 (Ahad) – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Batang Tiga Timur telah menganjurkan Program Rakan Muda Rakan Bumi: Eksplorasi Alam Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2025 (Ekspedisi Gua Batu Maloi) bertempat di Taman Eco Rimba, Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan.
Program ini disertai seramai 51 orang peserta terdiri daripada anak muda GB4B (M) Caw. Batang Tiga Timur Dan Kelab Rakan Muda Tangga Batu serta wakil pertubuhan belia dari sekitar daerah Melaka Tengah. Program berkonsepkan eksplorasi dan khidmat alam sekitar ini bertujuan untuk memupuk kesedaran cintakan alam semula jadi di kalangan belia, di samping memperkukuh semangat kerjasama, daya tahan fizikal serta semangat kesukarelawanan.
Majlis Perasmian Ekspedisi ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut serta Ekspedisi ini ialah Encik Md Zan bin Md Yausuf, Pengarah Kolej Profesional MARA Bandar Melaka dan Encik Wan Mohd Jefri bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Saudara Muhammad Afif bin Mustafa, Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Batang Tiga Timur, Saudara Mohd Rafi Muiz bin Omar, Pengerusi Kelab Rakan Muda Tangga Batu, Saudara Muhammad Ikhwan bin Mohd Zaidi, Pengerusi MAYC Kawasan Bukit Katil dan Puan Maizatul Nadia binti Samion dari UNITAR College Melaka.
Sepanjang program ini para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk jelajah gua, aktiviti eksplorasi alam, ceramah kesedaran alam sekitar, serta latihan membina pasukan (team building). Program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada para peserta, malah turut menanam rasa tanggungjawab dalam menjaga dan memelihara keindahan alam sekitar.
Program ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan belia Rakan Muda yang aktif, bertanggungjawab dan cinta akan bumi, sejajar dengan aspirasi Rakan Muda Rakan Bumi di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
