MERLIMAU, 11 Oktober 2025 โ Aksi penuh gaya dan berani mewarnai Melaka X-Street Course 2025 (BMX Street) sempena HSN Melaka 2025 yang berlangsung di Dataran Orang Kampung, Merlimau sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025. . Program yang menarik minat golongan belia ini menampilkan peserta berbakat dari seluruh negeri, mempamerkan kehebatan mereka dalam sukan ekstrem berbasikal BMX. Persembahan penuh adrenalin itu berjaya mencuri tumpuan pengunjung dengan pelbagai aksi โtrickโ dan lompatan memukau. . Penganjuran acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam arena sukan ekstrem di Melaka.
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 - Acara Sukan Konda Kondi sempena Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025 di Dataran Orang Kampung bukan sekadar menghidupkan semangat bersukan, malah menyemarakkan kembali warisan permainan tradisional yang semakin dilupakan generasi kini. . Berikut adalah senarai pemenang Sukan Konda Kondi HSN Melaka 2025 mengikut kategori sekolah :- Konda Kondi Sekolah Rendah: 1. SJKC Poh Lan 2. SK Tun Syed Ahmad Shahabudin 3. SK Sungai Rambai A 4. SJKT Ladang Serkam . Saguhati Bersama: 5. SRA Merlimau Pasir 6. SK St Francis A 7. SK Merlimau 8. SK Methodis ACS . Sekolah Menengah: 1. SMK Bukit Katil 2. SMK Seri Duyong (Bdk Huha) 3. SMK Seri Duyong (Huha Junior) 4. SMK Klebang Besar . Saguhati Bersama: 5. SMK Seri Bemban (A) 6. SMK Seri Bemban (B) 7. SMK Sungai Rambai 8. SMKDARY (A) . Acara Konda Kondi membuktikan bahawa semangat bersukan tidak semestinya terhad kepada permainan moden, sebaliknya warisan tradisi juga mampu menjadi jambatan penyatuan rakyat Melaka khususnya.
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 - Penyertaan golongan kurang upaya (OKU) dalam Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 membuktikan semangat inklusif dan kesaksamaan dalam sukan. Kehadiran mereka bukan sahaja menyerikan acara, malah menjadi simbol ketabahan dan semangat juang yang tinggi. . Penglibatan ini turut memberi mesej bahawa sukan adalah untuk semua, tanpa mengira kemampuan fizikal, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam membudayakan sukan sebagai gaya hidup sihat dan penyatuan masyarakat. . Antara aktiviti sukan golongan OKU yang terdapat di Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 ialah Pertandingan Kemahiran Bola Keranjang (Speed Dribble and 10M Dribble), "Beat Us If You Can!", Sukaneka Komuniti Pekak dan Pin And Point (Sitting Volleyball). . Kelancaran aktiviti ini turut disokong oleh empat badan persatuan yang memainkan peranan penting, iaitu Persatuan Olimpik Khas Negeri Melaka, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka, Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Melaka serta Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, yang bersama-sama memastikan kejayaan penganjuran program ini dengan penuh semangat kesukarelawanan dan kebersamaan. . Kerajaan Negeri Melaka terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa pembangunan sukan untuk golongan kurang upaya, sejajar dengan kepimpinan prihatin di bawah pentadbiran YAB Ketua Menteri Melaka yang sentiasa menitikberatkan penyertaan inklusif dalam arena sukan negeri.
๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐, ๐ญ๐ฐ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ - Program Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan Piala AFC ASEAN Cup 2025 antara pasukan Malaysia dan Laos telah berjaya dilaksanakan di Bandar Satelit, Pulau Sebang, Melaka. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dengan kehadiran seramai lebih kurang 200 orang penonton yang hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ๐ฌ๐. ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฃ. ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ป๐บ๐๐ด๐ฎ๐บ ๐ฎ/๐น ๐ฉ. ๐ฃ๐ถ๐๐ฐ๐ต๐ฎ๐, Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, yang sudi meluangkan masa bersama-sama komuniti menyaksikan perlawanan tersebut. Turut hadir ialah ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ญ๐ฎ๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ฆ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ผ๐น ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ถ๐, Penolong Pengarah (Bahagian Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ฆ๐ผ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ถ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐น๐ถ, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Selain tayangan utama perlawanan, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan suasana seperti pertandingan netball & penalty goal shooting, aktiviti teka gol, serta cabutan bertuah untuk para pengunjung. Suasana sepanjang program berlangsung amat meriah dengan sorakan penyokong yang penuh semangat patriotik. Perlawanan berakhir dengan keputusan berpihak kepada pasukan Malaysia yang menewaskan Laos dengan jaringan gol 5 โ 1, sekali gus menggembirakan semua yang hadir. Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektifnya dalam mengeratkan hubungan komuniti setempat serta menyemarakkan semangat kesukanan dan kecintaan terhadap pasukan bola sepak negara.
AYER KEROH, 14 Oktober 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 (Kembara JOM) Tahun 2025 Peringkat Zon Selatan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Melaka. . Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Mesyuarat telah dihadiri Bahagian Pembangunan Belia KBS, JBS Negeri Sembilan, Pejabat Pendaftaran Belia Zon Selatan, Pejabat Parlimen Hang Tuah Jaya, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis TVET Negeri Melaka. . Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 (Kembara JOM) Tahun 2025 Peringkat Zon Selatan akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 7 hingga 9 November 2025 di Bukit Katil, Melaka melibatkan 60 peserta dari 3 negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
AYER KEROH, 15 Oktober 2025 - Ceramah integriti bertajuk Kesan dan Akibat Amalan Rasuah Kesan dan Akibat Dalam Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Tuan Sheikh Mohd Hilmi Bin Sheikh Abdul Halim, Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh. Seramai 30 orang kakitangan Jabatan Belia dan Sukan menghadiri ceramah ini dalam memantapkan perkhidmatan dalam tugasan harian.
MELAKA, 14 Oktober 2025 โ Seramai 100 orang pelajar Tingkatan Enam beserta guru prngiring dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Melaka Tengah telah menyertai Program Rakan Muda Rakan Demokrasi: Undi Orang Muda Simulasi Pilihan Raya Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 1/2025 yang berlangsung di SMK Seri Tanjung, Melaka. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Bukit Tinggi Kawasan Bukit Katil, serta sokongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka. Tujuan utama penganjuran adalah untuk memberi pendedahan awal kepada golongan muda mengenai sistem demokrasi dan proses pilihan raya di Malaysia melalui kaedah interaktif serta aktiviti simulasi pilihan raya sebenar. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan belia agar lebih memahami tanggungjawab sebagai pengundi muda yang berinformasi dan beretika. Program ini bukan sekadar memberi pengetahuan tentang proses pilihan raya, tetapi juga membina semangat kepimpinan dan jati diri dalam kalangan belia sebagai pewaris masa depan negara. Antara pengisian menarik program ialah simulasi penuh proses pilihan raya, merangkumi sesi penamaan calon, kempen, pembuangan undi, dan pengiraan undi yang dijalankan mengikut prosedur sebenar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Aktiviti ini turut mendapat bimbingan daripada pegawai Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka bagi memastikan pendedahan yang tepat dan praktikal. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Zulkifli Bin Amil, Penolong Kanan Pentadbiran bagi mewakili Pengetua SMK Seri Tanjung, Melaka. Turut hadir sama memeriahkan majlis ialah YBrs Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah serta Saudara Muhammad Shafiq Bin Ab Majid, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah.
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 - Pertandingan Maze Run Sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 telah berlangsung di Dataran Orang Kampung, Merlimau. . ย Pemenang MAZErun@HSN'25, Kategori School (L) ย --------------------------------- 1st - M.Isamuddin bin Muhd.Izzuan 2nd - M.Asyraff Zaqin bin Z.Azhar 3rd - Affan bin Saiful Azhar 4th - Muhammad Adam Irfan bin Mohd Kalimi 5th - Iffatanaqi bin Azril . ย Pemenang MAZErun@HSN'25, Kategori School (P) ย --------------------------------- 1st - Hannah Insyirah bt.Husin 2nd - Nurul Aisyah Humairah bt.Abu Bakar 3rd - Nurul Aina Safiyah bt.Mohd.Rashdan 4th - Rahadatul Safiyah bt.Mohd.Ali 5th - Adira Azzahra bt.Hazreen . Maze Run adalah permainan yang menguji peserta dari segi ketahanan, fokus, dan strategi dalam menamatkan laluan Maze Run.
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 - Telah berlangsung Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka di Dataran Orang Kampung Merlimau sempena Hari Sukan Negara Melaka 2025. . Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan Oleh YB Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan NGO. Turut hadir Datuk Hj. Mustafa Bin Musa, Senator Dewan Negara; Datuk Rahizi Bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin; Encik Muhammad Zahiruddin Bin Mohd Zahari, Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin; Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Razali Bin Khamis, Ketua Unit Integriti Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. . Program telah berlangsung dari 4 Mei hingga 6 September 2025. Pelbagai program Intervensi telah dilaksanakan antaranya Senamrobik, Aerobikthon, Long Slow Distance (LSD), Fun Walk, Taklimat Pemakanan Sihat dan lain2 aktiviti kecergasan untuk peserta Biggest Loser Melaka. . Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita. Johan kategori Lelaki ialah Encik Muhammad Hasif Bin Nasaruddin yang telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 27.3 Kg manakala bagi kategori wanita johan dimenangi oleh Puan Nur Khairul Nabila Binti Kamaruddin yang telah menurukan berat badan sebanyak 15.6 Kg. . Pemenang kategori lelaki dan wanita masing-masing menerima Rm1500, diikuti Rm800 untuk naib johan dan Rm300 bagi tempat ketiga. . Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2025 serta ucapan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka dan Myfitjoy Aerobics Club atas kerjasama dalam menjayakan pertandingan ini.