PERINGGIT, 27 Julai 2024 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Puan Norazlin binti Sarun mewakili Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Peringgit Tahun 2024 bertempat di Padang Sekolah SK Peringgit, Melaka dengan diiringi En Noorazman bin Hussin, Guru Besar SK Peringgit dan Tn. Hj. Tsabit bin Abu Bakar, YDP PIBG SK Peringgit.
Sebanyak 4 ekor burung merpati telah dilepaskan sebagai simbolik menandakan 4 buah rumah sukan yang akan bertanding pada hari ini.
Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat daripada rumah sukan dengan pelbagai maskot dan persembahan kreatif hasil idea dan kesungguhan guru dan pelajar bagi menjayakan Hari Sukan Sekolah ini. Para ibu bapa turut hadir turun padang bagi menyokong dan memberi semangat kepada para guru dan atlit.
Acara Gimnastik dan Senamrobik daripada pelajar turut dipersembahkan sebelum pertandingan sukan dimulakan.
Semoga dengan acara sukan tahunan ni dapat membentuk jati diri dan semangat kesukanan serta melahirkan pelbagai atlit yang berkualiti.
- JBS Melaka
- Hits: 125
