- JBS Melaka
- Hits: 27
PLOGGING @ KOMUNITI RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH SIRI 1/2025 SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA
- JBS Melaka
- Hits: 27
BUKIT BERUANG, 27 SEPTEMBER 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Rakan Muda Rakan Bumi : Rakan Prihatin @ Hari Cuci Malaysia Plogging @ Komuniti Rakan Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 1/2025 Sempena Hari Cuci Malaysia bertempat di Bukit Beruang, Melaka anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan Kerjasama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Bukit Katil, Melaka
Program ini bertujuan membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti riadah berjalan/berlari/mendaki/berbasikal sambil mengutip sampah, mengukuhkan perpaduan, menggalakkan amalan memelihara alam sekitar, meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat serta memberi peluang kepada setiap penggerak kecergasan di daerah untuk melaksanakan aktiviti kecergasan tanpa mengira agama, bangsa dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Seramai 60 orang peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan Politeknik Melaka, Universiti Geomatika Malaysia Melaka, Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Persatuan Belia dan juga individu telah mengambil peluang menyertai program ini. Program dimulakan dengan sesi taklimat, senamrobik, mendaki dan berjalan sambil mengutip sampah. 5 timbangan sampah terberat telah menerima hadiah sebagai salah satu motivasi dalam penjagaan alam sekitar.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBRS. ENCIK ZAILANI BIN SIRAN, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
