- JBS Melaka
- Hits: 142
LAWATAN TIMBALAN KETUA KONTINJEN KE PROGRAM LATIHAN PASUKAN PARA POWERLIFTING NEGERI MELAKA
MERLIMAU 23 OGOS 2024 - Gym Rakyat Merlimau menjadi pusat bagi Pasukan Para Powerlifting Negeri Melaka menjalani latihan sempena Para SUKMA Sarawak 2024. Latihan pasukan Para Powerlifting turut diserikan dengan kehadiran YBrs Tuan Haji Sha’ari bin Samsudin selaku Timbalan Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka yang hadir bagi memberikan semangat dan sokongan kepada atlet untuk menghadapi Para SUKMA Sarawak 2024 nanti.
Turut hadir wakil daripada PESRON Melaka selaku rakan strategik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program lawatan ini.
- JBS Melaka
- Hits: 142
