KLAS ATV JBSN MELAKA

AYER KEROH, 20 Ogos 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka sentiasa komited dan terbuka untuk mewujudkan jalinan kerjasama dengan pihak swasta khususnya dalam usaha membangunkan sektor sukan dan rekreasi. Bertempat di Amverton Hotel Melaka satu Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) ATV telah diadakan dengan melibatkan pihak Pengurusan JBSN Melaka. Hadir bersama menyertai program ini Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
KLAS ini merupakan inisiatif kerjasama di antara JBSN Melaka dan Syarikat ATV Teras Amverton Hotel untuk mempromosikan aktiviti ATV sebagai salah satu aktiviti sukan rekreasi yang disediakan di negeri Melaka. Ayuh kepada semua masyarakat khususnya penggiat-penggiat sukan rekreasi yang gemarkan aktiviti sukan lasak seperti ATV ini boleh cuba merasai pengalaman dan keseronokan bermain ATV di ATV Teras Amverton Hotel. Mane lagi.? Melaka ler.!!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search