KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) NEGERI MELAKA KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 19 Ogos - Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Nor Azrimah binti Ahmad, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka di Ayer Keroh.
Pertemuan dua hala ini diadakan bagi menjalinkan hubungan kerjasama yang erat di antara kedua-dua jabatan untuk melaksanakan tugasan yang berkaitan dan turut sama melibatkan fungsi jabatan masing-masing
Turut hadir bersama dalam pertemuan ini adalah Encik Helmi bin Mohamd Yusop, Penolong Pengarah Cawangan Pencegahan AADK Negeri Melaka dan Encik Mohd Anazem bin Ibrahim, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan fotografi sebagai tanda kenangan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search