- JBS Melaka
- Hits: 33
KEJOHANAN TARIK TALI VETERAN - MASTER SPORT PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 33
Klebang, 23 Ogos 2025 - Padang Bola Sepak Dataran Klebang hari ini menjadi saksi kepada kekuatan, kesatuan dan semangat juang luar biasa apabila para veteran turun gelanggang dalam Kejohanan Tarik Tali Veteran - Master Sport Peringkat Negeri Melaka 2025.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang turut diiringin oleh SI(B) Kamaridzman bin Khanafee, Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Melaka.
Tahniah kepada pasukan pemenang:
Johan & Master Tow : Petanda
Naib Johan: Jebat Troper B
Ketiga: Jebat Troper A
Keempat: Black Panda
Kelima: NS Phyton
Aksi penuh tenaga, koordinasi mantap dan semangat kesukanan tinggi membuktikan bahawa semangat veteran masih ampuh dan relevan. Inilah contoh sebenar bahawa sukan tidak mengenal usia hanya memerlukan hati yang kental dan jiwa yang bersatu!
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Bolasepak Hulubalang dan Persatuan Tarik Tali Negeri Melaka atas komitmen dan peranan penting dalam menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang.