- JBS Melaka
- Hits: 35
PERANCANGAN KEMBARA JUMPA ORANG MUDA (KJOM) ZON SELATAN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 35
BUKIT KATIL, 18 Ogos 2025 - Sesi perbincangan Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 (KJOM) Peringkat Zon Selatan telah berlangsung di Kompleks Japerun Bukit Katil, Melaka.
.
Program ini berteraskan penglibatan dan perkongsian pengalaman ke arah penggalakkan belia berpersatuan, pembentukan identiti dan karektor belia positif serta pembangunan kepimpinan belia.
.
Kaedah pelaksanaan adalah berkonsepkan keluarga angkat yang bakal berlangsung selama 3 hari 2 malam. Sasaran peserta untuk program ini adalah seramai 100 orang.
.
Sesi perbincangan telah dihadiri Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Mohd Yani Ismail, Timbalan Pengerusi Japerun Bukit Katil dan Encik Kamarulnizam Yakob, Setiausaha Japerun Bukit Katil.
Disediakan : Afiq Mazly