TABOH NANING, 28 Ogos 2024- Telah berlangsung 3 Siri Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Alor Gajah 2024 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Taboh Naning, Melaka. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah dan PAWE Taboh Naning turut menghimpunkan seramai 30 ahli PAWE dalam sesi selama 1 jam dengan gerakan senamrobik, chairrobik dan taichi.
Senaman Warga Emas ini merupakan platform untuk warga emas melibatkan diri dalam aktiviti sukan untuk semua di samping menggalakkan masyarakat untuk turut bersukan bersama warga emas secara inklusif. Usaha untuk membudayakan sukan untuk semua di kalangan warga emas ini sentiasa diberikan perhatian bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum, serta motivasi yang tinggi dikalangan mereka. Peserta telah memberikan respon positif sepanjang penganjuran program ini.
- JBS Melaka
- Hits: 144
