AYER KEROH 7 SEPTEMBER 2024 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka bakal kembali dimeriahkan dengan pelbagai acara dan aktiviti sukan pada 11, 12 dan 13 Oktober 2024 nanti. Hadir menyempurnakan Majlis Pra Perasmian HSN Melaka 2024 YB Datuk P Shanmugam A/L Pitchay Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC).
Turut hadir Encik Mohamad Mazlan bin Anis Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan. Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka akan diadakan di Banda Hilir Melaka. Manakala sambutan di peringkat Daerah Alor Gajah akan diadakan di Padang Taman Seri Aman Masjid Tanah dan sambutan di Daerah Jasin pula akan diadakan di Pekan Merlimau.
Ayuh sama-sama kita nantikan dan meriahkan HSN Melaka 2024.!! Ayuh kita Cergas Bersama.!!
- JBS Melaka
- Hits: 143
