PERJUANGAN PASUKAN LISOKU DAN LSK NEGERI MELAKA 2025 BERMULA

AYER KEROH, 19 September 2025 – Majlis Pelepasan Kontinjen Negeri Melaka ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) dan Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Kebangsaan 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
Majlis telah disempurnakan YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Yang Berbahagia Encik M.S Richard a/l Maria Souce, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Yang Berbahagia Encik Abu Bakar bin Nyat, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka.
.
Selamat berjuang dan maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen Negeri Melaka. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search