- JBS Melaka
- Hits: 13
TEAM BOLING MELAKA CEMERLANG DI LiSOKU KEBANGSAAN
- JBS Melaka
- Hits: 13
Seremban, 20 September 2025 - Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Kebangsaan 2025 telah melabuhkan tirainya hari ini dengan penuh semangat kesukanan dan inspirasi! Seramai 15 kontinjen dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, menjadikannya platform terbaik mencungkil bakat dan memperkasakan komuniti OKU dalam bidang sukan.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan Negara. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs Encik Zailaini bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan YBhg. Encik Abu Bakar bin Nyat, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka.
Tahniah kepada Kontinjen LiSOKU Melaka 2025 atas pencapaian berikut:
Futsal Lelaki – Peringkat Kumpulan
Wanita – Suku Akhir
Bola Tampar Duduk Lelaki – Suku Akhir
Wanita – Suku Akhir
Tenpin Boling Lelaki Berkumpulan – Kedudukan Ke-8
Wanita Berkumpulan – Johan
Campuran – Johan
Syabas & tahniah diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai dan urus setia yang telah berkorban masa, tenaga dan semangat demi menjayakan LiSOKU kali ini. Anda semua luar biasa! Semoga sukan OKU terus cemerlang dan memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat.
