- JBS Melaka
- Hits: 35
MALAYSIA AKTIF MELAKA 2025 RIUHKAN KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 35
AYER KEROH, 20 September 2025 - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka menjadi venue pelaksanaan Malaysia Aktif Negeri Melaka 2025 @ Parlimen Hang Tuah Jaya yang melibatkan pelbagai aktiviti kecergasan.
.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya di hadapan 2,500 orang tetamu dan peserta.
.
Hadir sama Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan program seperti Dodgeball, Walking Football, Family Fun Walk, Fun Run, Wall Climbing, Aerobikthon, Pickleball, Gerai Jualan, Pameran JBSNM dan Mari Mencuba ATV, Menanah, Target Shooting Paintball, Jualan Decathlon, Al-Ikhsan, Celcom/Digi, Booth 100 Plus, F&N dan Farm Fresh.
.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Myfitjoy Aerobics Club, Persatuan Dodgeball Negeri Melaka, Persatuan Pickleball Negeri Melaka, Persatuan Walking Football, Kelab Sukan Rekreasi REDTMA, Persatuan Sukan Tradisional Negeri Melaka, Club One Krubong Night Runners, Strange Film, ATV Teras, Decathlon, Al-ikhsan, 100 Plus, F&N, Celcom/Digi, Farm Fresh & Ban Lee Motor yang memberikan kerjasama dan membantu dalam menjayakan peganjuran program Malaysia Aktif ini..
.
Mana Lagi Kiter Melaka Ler !!!!
