AYER KEROH, 6 Julai 2024 - Mesyuarat Agung Perwakilan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Jasin Kali Ke - 48 Bagi Tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Inap Desa @ Mini Malaysia Ayer Keroh yang melibatkan kehadiran ahli seramai 63 orang.
.
Matlamat utama Mesyuarat Agung ini adalah bagi Mengikut fasal perlembagaan dalam Gerakan Belia 4B Malaysia. Selain itu, ia juga melaksanakan tanggungjawab ahli sebagai ahli Gerakan Belia 4B Malaysia khususnya kawasan Jasin. Mesyuarat ini juga dapat mewujudkan hubungan yang baik sesama ahli belia dari setiap peringkat cawangan hingga ke peringkat kawasan.
.
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung telah disempurnakan oleh YB DATUK KHAIDHIRAH BINTI ABU ZAHAR, Timbalan EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan RIM dan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka.
.
Hadir sama ialah Muhammad Firdaus (Ketua Penerangan GB4B Negeri Melaka; Nurul Haida binti Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin dan Muhd Shafiee Muzid, Setiausaha Agung MGBM merangkap Naib Presiden MGBD Jasin.
.
Disediakan : Afiq Mazly
- JBS Melaka
- Hits: 87
