KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN PIALA DATUK PEGAWAI DAERAH JASIN 2025

JASIN, 16 Ogos 2025 (Sabtu) – Sebanyak lapan pasukan telah berentap dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Datuk Pegawai Daerah Jasin 2025 yang berlangsung di Dewan Tok Senara, Pejabat Daerah & Tanah Jasin.
Kejohanan yang kali kedua dianjurkan ini bertujuan mengeratkan ukhuwah antara jabatan, komuniti setempat serta memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rahizi Ranom, Pegawai Daerah Jasin, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian serta memberi galakan agar program sebegini dijadikan acara tahunan.
Selepas perlawanan sengit yang berlangsung sepanjang hari, Pasukan Gerakan Belia 4B Kawasan Jasin muncul juara sekali gus membawa pulang Piala Pusingan Datuk Pegawai Daerah Jasin 2025. Tempat naib johan dimenangi oleh Pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, manakala Pasukan Pejabat Daerah & Tanah Jasin dan Pasukan Hospital Daerah Jasin berkongsi kedudukan ketiga.
Turut hadir memeriahkan kejohanan Yang Berusaha Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Encik Zailani Siran. Penganjuran kejohanan ini jelas membuktikan komitmen Kepimpinan Tertinggi di Daerah Jasin dalam menyokong aktiviti pembangunan sukan dikalangan penjawat awam serta golongan belia selain menggalakkan perpaduan masyarakat melalui platform kesukanan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search