- JBS Melaka
- Hits: 29
PERSIDANGAN DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BERMULA
- JBS Melaka
- Hits: 29
AYER KEROH, 11 Ogos 2025 – Telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Pertama, Penggal Pertama Dewan Belia Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Persidangan ini adalah sebagai salah satu platform rasmi untuk mengangkat suara dan aspirasi golongan belia Negeri Melaka ke peringkat pembuat dasar negeri. Dengan bertemakan “ Memacu Belia, Membina Melaka’ persidangan ini akan menjadi focus utama kerajaan terhadap belia yang akan meliputi kepimpinan, pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan jatidiri. Persidangan ini akan belangsung pada 11 – 13 Ogos 2025 bertempat di Anjung Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Seramai 28 orang Ahli Dewan Belia Negeri Melaka mewakili DUN dan 5 orang Ahli Dewan Belia Negeri Melaka lantikan YAB Ketua Menteri telah dilantik pada hari ini. Semoga ahli-ahli Dewan Belia Negeri Melaka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.
Selamat bersidang.