- JBS Melaka
- Hits: 18
PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN DIGITAL : KURSUS CANVA EDITING PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH SIRI 2/2025
- JBS Melaka
- Hits: 18
Jalan Kubu, 15 Ogos 2025 (Jumaat) - Telah berlangsung Program Rakan Muda Rakan Digital : Kursus Canva Editing Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 2/2025 bertempat di UNITAR College Melaka hasil kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, UNITAR College Melaka dan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah.
Kursus ini merupakan platform pendedahan buat golongan belia tentang manfaat dan kelebihan Canva Editing yang menjurus kepada peningkatan peluang pekerjaan, pengembangan daya kreativiti dan inovasi serta keupayaan membangunkan sesuatu perisian / aplikasi baharu dan juga bagi mempromosikan Gaya Hidup Rakan Digital yang tergolong dalam inisiatif Rakan Muda dan secara langsung menitikberatkan pengetahuan, perkembangan serta pengaplikasian teknologi digital.
Seramai 40 orang peserta terdiri daripada Pelajar Politeknik Melaka, Pelajar Sekolah (Kolej Tingkatan 6 Tun Fatimah (Pra Universiti) Melaka, SMKA Sultan Muhammad dan SMK Tun Haji Abdul Malek), Persatuan Belia dan juga individu telah mengambil peluang menyertai program ini secara fizikal, Manakala seramai 79 orang peserta telah menyertainya secara Live. Para peserta telah diberi pendedahan berkaitan Canva Editing dan CapCut. Dilatih oleh 2 orang tenaga pengajar mahir iaitu Cik Hafiza Wahida Bt Ab Kadir dan Cik Fatin Haziqah Bt Mohd Izam, Pensyarah UNITAR College Melaka.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Puan Nadia Bt Nordin Ketua Jabatan Akademik, UNITAR College Melaka. Turut hadir Puan Nor Fadzira Bt Mohd Sepian Pegawai Pembangunan Potensi Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.