- JBS Melaka
- Hits: 15
PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) SIRI 3 PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 15
𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟭𝟲 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Rakan Muda Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 3 Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Rembia.
Penglibatan sukarelawan SATRIA dalam Program Konvoi Bersama YAB Ketua Menteri Melaka sempena Program WRUR Dun Rembia bermula dari 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗟𝗲𝗻𝗱𝘂, 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 ke beberapa lokasi yang telah ditetapkan sebelum berakhir di 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗶𝘀 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵.
Program Konvoi Bersama 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗯 𝗥𝗮𝘂𝗳 𝗯𝗶𝗻 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗵, Ketua Menteri Melaka turut disertai oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗙𝗮𝗶𝗿𝘂𝗹 𝗡𝗶𝘇𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗮𝗻, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗔/𝗟 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗡𝗴𝘄𝗲 𝗛𝗲𝗲 𝗦𝗲𝗺, Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan; 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗧𝗵𝗮𝗹𝗮𝘀, Pegawai Daerah Alor Gajah; serta 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 100 orang sukarelawan belia dari DUN Rembia yang berganding bahu menjayakan program konvoi yang telah dirancang.
Penganjuran siri ini diharapkan dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti, agensi kerajaan dan kepimpinan setempat.