KUALA LUMPUR, 28 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Para Memanah Negeri Melaka yang telah berjaya memenangi 1 Perak di Kejohanan Sirkit 2 Para Memanah Kebangsaan Allianz-MSN 2025 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan. KEPUTUSAN: MUHAMMAD IZHAN AZHAR BIN, MUHAMMAD FAKHRUL HAKIMIE BIN MOHD FAUZI SUHAIMI Recurve Man Open Team Tahniah dan terima kasih buat jurulatih dan atlet. Anda kebanggaan kami
ALOR GAJAH, 27 Julai 2025 - Hari ini, sebanyak sepuluh (10) pasukan veteran berumur 40 hingga 60 tahun dari seluruh negeri Melaka bertanding merebut kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala YAB Ketua Menteri Melaka – Master Sport Peringkat Negeri Melaka 2025. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah kepada pasukan pemenang: Johan: Veteran Tanjung Minyak Naib Johan: Veteran Klebang Tempat Ketiga: Mastana Legend Tempat Keempat: Zero Four Aksi-aksi mantap, semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama luar biasa menjadi sorotan utama sepanjang kejohanan ini berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Kelab Bolasepak Hulubalang atas komitmen dan peranan penting dalam menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang.
ALOR GAJAH, 27 Julai 2025 - Hari ini menyaksikan satu acara penuh semangat apabila telah berlangsung Majlis Pra Pelancaran Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) sempena Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala YAB Ketua Menteri Melaka - Master Sport Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka. Turut hadir barisan pimpinan utama negeri antaranya YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Sabrina binti Thalas, Pegawai Daerah Alor Gajah, YBrs. Tuan Haji Sha’ari bin Samsudin, Pengarah Bahagian Khidmat Musaadah dan Pembangunan Belia, YBrs. Encik Mohd Asri bin Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka. Penyerahan simbolik bendera HSN2025 kepada pentadbiran daerah-daerah turut diadakan sebagai tanda amanat dan kesiapsiagaan daerah dalam menjayakan sambutan HSN di peringkat akar umbi. Dalam majlis sama, turut berlangsung penyampaian Inisiatif Perhebat OKU di bawah Bajet 2025 sebagai sokongan berterusan kepada pembangunan sukan Para di Melaka: Senarai Bantuan yang Disalurkan: Program Bakat Baru Para SUKMA – RM14,500 Penyertaan ke Kejohanan Sukan – RM11,900 Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka – RM30,000 Penganjuran Karnival Sukan OKU – RM8,600 Sukan Olimpik Khas (Olahraga) – RM5,000 Kem Kontinjen Para SUKMA – RM15,000 Sukan Orang Pekak (Tenpin Boling) – RM5,000 Sumbangan ini bukan sekadar angka, tetapi satu suntikan semangat dan pengiktirafan kepada atlet OKU negeri Melaka agar terus cemerlang di pentas sukan.
ALOR GAJAH, 𝟮𝟲 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Rakan Muda Rakan Niaga : Pasar Anak Muda Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berlangsung dengan meriah bersempena dengan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗖𝗮𝗿 𝗙𝗿𝗲𝗲 𝗭𝗼𝗻𝗲 anjuran bersama 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dan 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dengan kerjasama 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗚𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵. Program ini telah diadakan di Dataran Keris, Alor Gajah Melaka. Objektif penganjuran adalah bagi membuka peluang keusahawanan kepada golongan belia serta merancakkan aktiviti ekonomi komuniti setempat. Sebanyak 20 peniaga khemah jualan, 10 peniaga car boot sale, dan 2 pengusaha food truck telah mengambil bahagian dalam program kali ini. Kemeriahan turut dirasai dengan kehadiran lebih 1,000 orang pengunjung sepanjang program berlangsung. Program ini turut diserikan dengan penganjuran aktiviti 𝗙𝘂𝗻 𝗥𝘂𝗻 dan 𝗙𝘂𝗻 𝗪𝗮𝗹𝗸 oleh 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗢𝗹𝗮𝗵𝗿𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗺𝗲𝘀𝘄𝗮𝗿𝗮 yang telah menarik penyertaan ramai golongan belia dan keluarga. Majlis walkabout ke khemah - khemah jualan turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗚𝗵𝗮𝗳𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗡𝗴𝗮𝗵, Ketua Ahli Majlis (Majlis Perbandaran Alor Gajah), 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘇𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗮𝗱, Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah, 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗶𝗿𝗱𝗮𝘂𝘀 𝗯𝗶𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶, Naib Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah. Program ini membuktikan bahawa kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan belia mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi belia serta memperkukuh semangat keusahawanan dalam kalangan komuniti.
GANGSA, 27 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada Kelab Akuatik Dino yang telah membuka pusat latihan Dino Swim Academy sebagai inisiatif pembangunan sukan renang di negeri Melaka. Majlis Pembukaan Dino Swim Academy telah berlangsung pada 26 Julai 2025 bertempat di Pusat Komersial & Perniagaan Gangsa Jaya, Melaka. Ayuh kita berikan sokongan di atas usaha ini dan semoga ianya menjadi pencetus kepada kecemerlangan sukan renang.
AYER KEROH, 22 Julai 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka sentiasa komited dalam memastikan aspek keselamatan diberi perhatian yang serius. Usaha ini digerakkan melalui pelbagai inisiatif seperti pelaksanaan Program Latihan Memadam Kebakaran JBSN Melaka. Program yang dilaksanakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka ini telah mendapatkan kerjasama daripada Jabatan BOMBA dan Penyelamat Negeri Melaka. Turut bersama dalam program ini Ybrs Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan pegawai-pegawai setiap Bahagian serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan semoga ianya memberikan manfaat demi kesejahteraan bersama. JBSN Komited.!!
AYER KEROH, 20 Julai 2025 - Telah berlangsung Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Negeri Melaka 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Dewan Badminton MSN Melaka. Sebanyak 3 Acara sukan yang dipertandingkan iaitu Sepak Takraw, Bola Jaring dan Ping Pong Berpasukan. . Johan bagi acara Sukan Sepak Takraw adalah daripada daerah Jasin manakala bagi sukan Ping Pong (Berpasukan) dan Bola Jaring telah dimenangi oleh Daerah Alor Gajah dan sekaligus Daerah Alor Gajah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan Liga Sukan Komuniti Negeri Melaka 2025. . Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Turut hadir Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan LSK Melaka 2025 kali ini khususnya Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka, Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka, Persatuan Ping Pong Negeri Melaka dan Cheng City Football Club. . Ayuh !! Semua kita amalkan gaya hidup sihat dan menjadikan Liga Sukan Komuniti ini sebagai platform utama untuk menyemai budaya sukan dalam komuniti setempat. Mana Lagi !!! Melaka Ler !!!
MELAKA, 20 Julai 2025 - Melaka menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Gusti Lengan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2025. Kejohanan ini berlangsung dengan penuh meriah di Aeon Mall Bandaraya Melaka dengan penyertaan daripada atlet gusti lengan seluruh negara. Hadir ke Majlis Perasmian Kejohanan ialah YB Datuk P Shanmugam a/l V Pitchay, Exco Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. . Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini
AYER KEROH, 19 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada MAGS BMX Sport Club yang telah menganjurkan Pertandingan Dare For Street BMX Jam 2025 bertempat di Skate Park, Dataran Sejarah, Ayer Keroh. Pertandingan ini merupakan inisiatif di bawah Dana Sukan Komuniti KBS yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan okeh YBrs. Encik Zailani, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah kepada semua pemenang dan semua pihak yang menjayakan pertandingan ini. Semoga usaha ini akan terus diperhebatkan demi kecemerlangan sukan tanah air.