KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025 SERLAH BAKAT BAHARU

AYER KEROH, 20 Julai 2025 - Telah berlangsung Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Negeri Melaka 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Dewan Badminton MSN Melaka. Sebanyak 3 Acara sukan yang dipertandingkan iaitu Sepak Takraw, Bola Jaring dan Ping Pong Berpasukan.
.
Johan bagi acara Sukan Sepak Takraw adalah daripada daerah Jasin
manakala bagi sukan Ping Pong (Berpasukan) dan Bola Jaring telah dimenangi oleh Daerah Alor Gajah dan sekaligus Daerah Alor Gajah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan Liga Sukan Komuniti Negeri Melaka 2025.  
.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Turut hadir Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan LSK Melaka 2025 kali ini khususnya Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka, Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka, Persatuan Ping Pong Negeri Melaka dan Cheng City Football Club.  
.
Ayuh !! Semua kita amalkan gaya hidup sihat dan menjadikan Liga Sukan Komuniti ini sebagai platform utama untuk menyemai budaya sukan dalam komuniti setempat.   
Mana Lagi !!! Melaka Ler !!!   

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search