MAJLIS PRA PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA 2025 (HSN2025) SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK VETERAN PIALA YAB KETUA MENTERI MELAKA - MASTER SPORT PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025

ALOR GAJAH, 27 Julai 2025 - Hari ini menyaksikan satu acara penuh semangat apabila telah berlangsung Majlis Pra Pelancaran Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) sempena Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala YAB Ketua Menteri Melaka - Master Sport Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka. Turut hadir barisan pimpinan utama negeri antaranya YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Sabrina binti Thalas, Pegawai Daerah Alor Gajah, YBrs. Tuan Haji Sha’ari bin Samsudin, Pengarah Bahagian Khidmat Musaadah dan Pembangunan Belia, YBrs. Encik Mohd Asri bin Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka.
Penyerahan simbolik bendera HSN2025 kepada pentadbiran daerah-daerah turut diadakan sebagai tanda amanat dan kesiapsiagaan daerah dalam menjayakan sambutan HSN di peringkat akar umbi. Dalam majlis sama, turut berlangsung penyampaian Inisiatif Perhebat OKU di bawah Bajet 2025 sebagai sokongan berterusan kepada pembangunan sukan Para di Melaka:
Senarai Bantuan yang Disalurkan:
  Program Bakat Baru Para SUKMA –   RM14,500
  Penyertaan ke Kejohanan Sukan –   RM11,900
  Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka –   RM30,000
  Penganjuran Karnival Sukan OKU –   RM8,600
  Sukan Olimpik Khas (Olahraga) –   RM5,000
  Kem Kontinjen Para SUKMA –   RM15,000
  Sukan Orang Pekak (Tenpin Boling) –   RM5,000
Sumbangan ini bukan sekadar angka, tetapi satu suntikan semangat dan pengiktirafan kepada atlet OKU negeri Melaka agar terus cemerlang di pentas sukan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search