AYER KEROH, 18 Julai 2015 - Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bil.3/2025 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. JBSNM turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Terbaik Bulanan bagi bulan April, Mei & Jun 2025: Puan Nurhanani binti Tarik Encik Mohd Rais bin Nyet Encik Muhammad Zulhelme bin Daud Puan Noor Hazlin binti Sabin Encik Muhammad Norman bin Omar Puan Mariati binti Mazlan Syabas dan tahniah diucapkan atas dedikasi dan komitmen cemerlang yang ditunjukkan. Semoga semua warga kerja JBSNM terus bersemangat dan komited dalam menjalankan tugas serta amanah demi pembangunan belia dan sukan negeri Melaka.
BUKIT SERINDIT, 19 Julai 2025 - Program Intervensi Siri 6 Biggest Loser KBS Negeri Melaka 2025 turut memeriahkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Duyung (WRUR) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Peserta turut menyertai aktiviti Aerobikton yang bermula pada jam 8.00 pagi. Ayuh kita terus sihat dan cergas bersama. JBSN Komited.!!
MERLIMAU, 17 Julai 2025 - Kursus Pastri Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi Belia Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung di Politeknik Merlimau Melaka melibatkan penyertaan 40 orang belia setempat. . Kursus anjuran Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Politeknik Merlimau Melaka memberi ilmu berkaitan pembuatan 2 jenis pastri iaitu Variasi Choux dan Fruit Tart. . Antara objektif utama kursus ini dianjurkan ialah menggalakan kegiatan ekonomi yang positif dalam kalangan belia sebagai usaha meningkatkan taraf hidup dan kemajuan serta kesejahteraan sosioekonomi. . Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Faridatuljana Binti Mohd. Noor, Timbalan Pengarah (Akademik), Politeknik Merlimau Melaka. Turut hadir ialah Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; dan Encik Mohd Hazriq Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Melaka. Disediakan : Afiq Mazly
SEBATU, 19 Julai 2025 — Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar IPT, belia dan masyarakat setempat telah terlibat dalam Program Rakan Bumi Plogging @Komuniti Rakan Muda Siri 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Jeti Nelayan Sebatu, Sungai Rambai. Program ini bertujuan memupuk kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar melalui aktiviti plogging, iaitu aktiviti berjalan sambil mengutip sampah di sekitar kawasan jeti nelayan. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan penglibatan belia dan komuniti dalam usaha pemeliharaan alam sekitar selaras dengan matlamat pembangunan lestari.
AYER KEROH, 18 Julai 2025 - Telah berlangsung Klinik Sukan Kondi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka 2025 yang disertai oleh kakitangan JBS Negeri Melaka Peserta telah diberikan taklimat asas berkaitan permainan konda kondi dan selepas taklimat telah diadakan pertandingan konda kondi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka 2025. Suasana di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka cukup meriah dengan kedatangan kakitangan yang bersorak memberi semangat kepada pasukan yang masing-masing. Berikut adalah senarai pasukan yang menang :- Johan - Kombes + Rakan Muda Naib Johan - Pentadbiran + MT Ketiga - Sukan Keempat Belia + Pentadbiran Kelima - Jasin Keenam - Alor Gajah Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada pasukan yang kalah tidak mengapa cuba lagi dan peroleh kejayaan pada pertandingan yang akan datang!
KRUBONG, 17 Julai 2025- Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka yang di rasmikan oleh YB Datuk Shanmugam A/L V.Pitchay, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka. Sekolah yang telah berjaya menjadi johan telah menerima wang tunai sebanyak RM500 bagi sekolah menengah dan RM300 bagi sekolah rendah. Sekolah yang telah menangi johan bagi pertandingan tersebut ialah: 1. Badan Bukan Kerajaan (NGO) Lelaki - SM TAHFIZ AL-QURAN (JAIM) CHENDERAH 2. PBB Sekolah Rendah Lelaki - Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin 3. PBB Sekolah Rendah Perempuan - SK Ayer Keroh 4. Kategori TKRS Lelaki - Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh 5. Kategori TKRS Perempuan - Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal 6. Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perempuan - SMK Tinggu Perempuan Melaka 7. Kategori GO Sekolah Menengah Lelaki- SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa 8.Kategori GO Sekolah Menengah Perempuan - SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa 9. Kategori KRS Lelaki - SMK Malim 10. Kategori KRS Perempuan- SMK Malim Tahniah dan syabas buat semua pemenang !
MERLIMAU, 17 Julai 2025 - Seramai 40 orang peserta sertai Kursus Pastri bagi Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi Belia Negeri Melaka 2025 yang berlangsung di Politeknik Merlimau Melaka. Taklimat pengenalan telah disampaikan oleh Encik Abdul Rasyid Rahman, Pegawai Ekonomi JBS Melaka. Disediakan : Afiq Mazly
KRUBONG, 17 Julai 2025 - Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka yang bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 17 Julai 2025. Program ini juga adalah anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang dikelola oleh SMK Tun Tijah Melaka. Terdapat 66 pasukan terdiri daripada 23 kategori Sekolah Rendah dan 43 Sekolah Menengah dan kesemua peserta seramai 1965 orang peserta.
AYER KEROH, 15 Julai 2025 - Bertempat di AEON Melaka Shopping Centre Ayer Keroh, Melaka dengan gabungan kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, AEON Melaka Shopping Centre dan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Tangga Batu (STABA) telah berjaya melaksanakan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2025 bertempat di AEON Melaka Shopping Centre, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 400 orang peserta hadir pada Pertandingan Doodle Arts (65 orang), Peserta Pertandingan Inovasi Kitar Semula (55 orang) dan Persembahan Kawad Kaki. Program ini menggabungkan 3 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Bumi (Pertandingan Inovasi Kitar Semula), Rakan Ekspresi (Pertandingan Doodle Arts) dan juga Rakan Mahir (Persembahan Kawad Kaki). JOHAN bagi setiap KATEGORI telah menerima Hadiah Wang Tunai berjumlah RM 250 & Sijil. Pemenang NAIB JOHAN bagi setiap KATEGORI pula menerima Hadiah Wang Tunai berjumlah RM 150 & Sijil manakala pemenang TEMPAT KETIGA bagi setiap KATEGORI telah menerima Hadiah Wang Tunai berjumlah RM 100 & Sijil. Berikut adalah keputusan bagi Pertandingan Inovasi Kitar Semula :- JOHAN Nur Nadwah Hasanah binti Nor Hisham SMK Telok Mas NAIB JOHAN Nurasyiqin binti Mohd Khairuzaman SMK Munshi Abdullah TEMPAT KETIGA Nur Thuwaibah 'Atiqah Ai binti Abd Aziz SMK Munshi Abdullah TEMPAT KEEMPAT Akma Ariana binti Azizan SMK Bukit Baru TEMPAT KELIMA Syasya Laila Farhan Binti S.L. Daus SMK Munshi Abdullah Bagi Pertandingan Doodle Arts keputusan adalah sepeti berikut :- JOHAN Muhammad Daniel Aiman bin Mustafah, SMK Methodist (ACS) Tengkera Methodist NAIB JOHAN Nur Qisya Qaireen binti Muhammad Wafi SMK Tun Haji Abdul Malek TEMPAT KETIGA Nur Aina binti Mohd Maziz SMK Telok Mas TEMPAT KEEMPAT Muhamad Danish Harith bin Ahmad Bahari SM Sains Muzaffar Syah TEMPAT KELIMA Nurul Qalesyah binti Yusri SMK Telok Mas Program ini turut diserikan dengan Persembahan Kawad Kaki dari SMK Ayer Keroh, SK Padang Temu dan SK Tun Syed Ahmad Shahabudin. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Noorzalina binti Sulaiman, wakil Pengurus Pusat AEON Melaka