KURSUS PASTRI PELUANG BELIA JANA WANG SAMPINGAN TINGKAT EKONOMI DIRI

MERLIMAU, 17 Julai 2025 - Kursus Pastri Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi Belia Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung di Politeknik Merlimau Melaka melibatkan penyertaan 40 orang belia setempat.
.
Kursus anjuran Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Politeknik Merlimau Melaka memberi ilmu berkaitan pembuatan 2 jenis pastri iaitu Variasi Choux dan Fruit Tart.
.
Antara objektif utama kursus ini dianjurkan ialah menggalakan kegiatan ekonomi yang positif dalam kalangan belia sebagai usaha meningkatkan taraf hidup dan kemajuan serta kesejahteraan sosioekonomi.
.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Faridatuljana Binti Mohd. Noor, Timbalan Pengarah (Akademik), Politeknik Merlimau Melaka. Turut hadir ialah Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; dan Encik Mohd Hazriq Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Disediakan : Afiq Mazly

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search