- JBS Melaka
- Hits: 51
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 51
AYER KEROH, 15 Julai 2025 - Bertempat di AEON Melaka Shopping Centre Ayer Keroh, Melaka dengan gabungan kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, AEON Melaka Shopping Centre dan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Tangga Batu (STABA) telah berjaya melaksanakan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2025 bertempat di AEON Melaka Shopping Centre, Ayer Keroh, Melaka.
Seramai 400 orang peserta hadir pada Pertandingan Doodle Arts (65 orang), Peserta Pertandingan Inovasi Kitar Semula (55 orang) dan Persembahan Kawad Kaki.
Program ini menggabungkan 3 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Bumi (Pertandingan Inovasi Kitar Semula), Rakan Ekspresi (Pertandingan Doodle Arts) dan juga Rakan Mahir (Persembahan Kawad Kaki).
JOHAN bagi setiap KATEGORI telah menerima Hadiah Wang Tunai berjumlah RM 250 & Sijil. Pemenang NAIB JOHAN bagi setiap KATEGORI pula menerima Hadiah Wang Tunai berjumlah RM 150 & Sijil manakala pemenang TEMPAT KETIGA bagi setiap KATEGORI telah menerima Hadiah Wang Tunai berjumlah RM 100 & Sijil.
Berikut adalah keputusan bagi Pertandingan Inovasi Kitar Semula :-
JOHAN
Nur Nadwah Hasanah binti Nor Hisham
SMK Telok Mas
NAIB JOHAN
Nurasyiqin binti Mohd Khairuzaman
SMK Munshi Abdullah
TEMPAT KETIGA
Nur Thuwaibah 'Atiqah Ai binti Abd Aziz
SMK Munshi Abdullah
TEMPAT KEEMPAT
Akma Ariana binti Azizan
SMK Bukit Baru
TEMPAT KELIMA
Syasya Laila Farhan Binti S.L. Daus
SMK Munshi Abdullah
Bagi Pertandingan Doodle Arts keputusan adalah sepeti berikut :-
JOHAN
Muhammad Daniel Aiman bin Mustafah,
SMK Methodist (ACS) Tengkera Methodist
NAIB JOHAN
Nur Qisya Qaireen binti Muhammad Wafi
SMK Tun Haji Abdul Malek
TEMPAT KETIGA
Nur Aina binti Mohd Maziz
SMK Telok Mas
TEMPAT KEEMPAT
Muhamad Danish Harith bin Ahmad Bahari
SM Sains Muzaffar Syah
TEMPAT KELIMA
Nurul Qalesyah binti Yusri
SMK Telok Mas
Program ini turut diserikan dengan Persembahan Kawad Kaki dari SMK Ayer Keroh, SK Padang Temu dan SK Tun Syed Ahmad Shahabudin.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Noorzalina binti Sulaiman, wakil Pengurus Pusat AEON Melaka