๐๐๐ข๐ฅ ๐๐๐๐๐, ๐ญ๐ฏ ๐๐จ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ - Seramai 62 orang peserta telah menyertai acara Sukan Petanque Program 1000 Liga Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 bertempat di Gelanggang Petanque UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Ucapan penghargaan serta terima kasih kepada ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ฏ ๐๐ผ๐๐น๐ฒ๐ ๐ฅ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐ฎ (๐๐๐ฅ) dan ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐๐น๐ฒ๐ ๐๐ฎ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐น๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ท๐ฎ๐ต yang merupakan rakan strategik PBSD Alor Gajah dalam menganjurkan kejohanan pada kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak ๐จ๐ถ๐ง๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ ๐๐น๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ท๐ฎ๐ต kerana menjadi lokasi penganjuran kejohanan. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ฆ๐ผ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ถ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐น๐ถ, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah bersama ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ถ๐๐ถ ๐ฆ๐๐๐ต๐ฎ๐ถ๐น๐ถ ๐๐ถ๐ป๐๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐๐ถ, selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Unit Sukan UiTM Kampus Alor Gajah. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang memandangkan sambutan penyertaan yang amat menggalakkan daripada belia setempat.
๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐, ๐ญ๐ฎ ๐๐จ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ โ Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Mydin Pulau Sebang Hypermarket. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah dan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Padang Sebang. Penganjuran fiesta ini bertujuan untuk mencungkil serta mengembangkan bakat dan kemahiran generasi muda dalam pelbagai bidang, khususnya dalam seni persembahan seperti ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ ๐๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ (Rakan Mahir), ๐๐ผ๐ผ๐ฑ๐น๐ฒ ๐๐ฟ๐ (Rakan Ekspresi) dan ๐๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ถ ๐๐ถ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐๐น๐ฎ (Rakan Bumi). Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah :- ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ผ๐ฑ๐น๐ฒ ๐๐ฟ๐ yang mendapat penyertaan seramai 125 orang pelajar. ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ถ ๐๐ถ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐๐น๐ฎ dengan penyertaan 26 orang pelajar. ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ oleh Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dari SMK Dato' Dol Said dan Pasukan Kadet Polis dari SMA (JAIM) Al-Asyraf, melibatkan seramai 40 orang anggota setiap pasukan. Majlis Penutup dirasmikan oleh ๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฉ.๐ฃ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ป๐บ๐๐ด๐ฎ๐บ ๐ฎ/๐น ๐ฉ. ๐ฃ๐ถ๐๐ฐ๐ต๐ฎ๐, Exco Belia, Sukan dan NGO's Negeri Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ฆ๐ผ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ถ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐น๐ถ, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah; ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐๐ต๐ฎ๐ฟ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฏ๐ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah; ๐ฆ๐ฎ๐๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ถ๐ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐๐ถ๐, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah dan ๐ฆ๐ฎ๐๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ถ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐๐ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ผ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang. Barisan juri pertandingan terdiri daripada guru - guru lantikan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, manakala pertandingan Doodle Art turut dinilai oleh ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐๐ฟ. ๐ฅ๐ผ๐๐น๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ญ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ, Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka selaku juri khas. Majlis diserikan lagi dengan lawatan VIP ke ruang pameran hasil karya para peserta pertandingan Doodle Art dan Inovasi Kitar Semula. Program ini bukan sahaja menjadi platform mengasah bakat anak muda, malah turut memperkukuhkan semangat kerjasama antara agensi dan organisasi belia dalam melahirkan generasi yang lebih berdaya saing, kreatif dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
ALOR GAJAH, 12 Julai 2025 - Program Intervensi Siri 5 Biggest Loser KBS Negeri Melaka 2025 @ Open Day Wellness Hub Alor Gajah.Seramai 50 orang peserta hadir dan menyertai aktiviti yang diadakan antaranya ialah, Saringan Komposisi Badan, Senamrobik, Latihan Litar, Taklimat Pemakanan sihat, Pemeriksaan gigi dan Aktiviti Minda sihat. Terima kasih diucapkan kepada Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Wellness Hub Alor Gajah atas ruang dan peluang ini kepada peserta biggest loser Melaka.ย Ayuh semua kita amalkan gaya hidup sihat dan kekal cergas bersama. JBSNM Komited.!!
PULAU REDANG, 12 Julai 2025 - Sedang berlangsung hari kedua bagi aktiviti kedua sempena Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka iaitu Latihan Dalam Kumpulan yang merangkumi elemen Sukan Tradisional dan Group Presentation. Aktiviti di mulakan dengan pengenalan Sukan Tradisional dan sejarahnya, peraturan permainan, demonstrasi permainan serta disekalikan bersama Mini Games yang diseliakan oleh Ketua Kem Komandan En Mohd Faizuddin bin Ali bersama urusetia JBSN Melaka.
PULAU REDANG, 12 Julai 2025 - Sedang berlangsung hari kedua bagi aktiviti pertama sempena Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka iaitu Jungle Trekking oleh Peserta dan pegawai bagi yang diketuai oleh Ketua Kem Komandan En Mohd Faizuddin bin Ali bersama En. Ismail bin Harun. Aktiviti ini sangat memberi impak kepada para peserta terutamanya yang menggemari gaya hidup sihat dan mencabar. Menurut peserta, aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah mampu mengurangkan tekanan serta memberi ketenangan minda melalui keindahan alam semula jadi. Selain manfaat kesihatan, jungle trekking turut membuka ruang kepada peserta untuk mengenali kepelbagaian flora dan fauna hutan hujan tropika, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Selain itu, jungle trekking turut membuka ruang kepada peserta untuk mengenali kepelbagaian flora dan fauna hutan di sepanjang pulau ini sekali gus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar.
AYER KEROH, 11 Julai 2025 - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EN. RADZALI BIN RASIT DAN PUAN IRAWATI BINTI ABD MANAN, Kakitangan Pentadbiran atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama bertugas di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.ย Seluruh warga JBSNM mengucapkan Selamat bertugas di tempat yang baharu dan selamat maju jaya.ย Ikhlas daripadaย Wargaย Jabatan Belia dan Sukanย Negeri Melaka.
KUALA LUMPUR, 10 Julai 2025 - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang I, Penggal 35, Sesi 2025 โ 2026 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. . MPBN merupakan sesi libat urus dan persidangan yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia Negeri dan Kebangsaan dengan wakil-wakil kementerian dan agensi persekutuan. . Mempunyai keahlian seramai 142 perwakilan belia, MPBN diadakan setiap tahun yang mana telah ditubuhkan secara rasmi pada 15 Mei 1971. . Persidangan turut dihadiri Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, Datuk P.Shanmugam A/L Pitchay ; dan Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Disediakan : Afiq Mazly
AYER KEROH, 10 Julai 2025 - Telah berlangsung pelepasan peserta dan pegawai bagi Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka bertolak ke Redang Camp, Pulau Redang Terengganu pada 10 Julai 2025 oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Tuan Zailani bin Siran. Program ini diadakan pada 10 hingga 13 Julai 2025 iaitu selama 4 hari 3 malam termasuk hari perjalanan. Objektif program ini adalah membentuk belia yang aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat dan terhindar daripada aktiviti gejala sosial melalui experiential learning.
KRUBONG , 10 Julai 2025 โ Telah berlangsung Sesi Verifikasi Aset dan Harta bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka daripada wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, wakil Jabatan Kerja Raya Daerah Melaka Tengah dan Fokus Efektif Sdn. Bhd. Lokasi ini akan menjalani proses menaik taraf keseluruhan bangunan dan tidak beroperasi sepanjang tempoh 18 bulan. Sesi verifikasi ini bertujuan untuk memastikan aset kerajaan yang akan ditinggalkan di kawasan projek berada dalam keadaan selamat. Sesi verifikasi aset telah dihadiri oleh Encik Muhammad Razif bin Md. Said, Penolong Jurutera, Jabatan Kerja Raya Daerah Melaka Tengah, Encik Muhammad Aqmal Bin Abd Wahab, wakil Syarikat Fokus Efektif Sdn. Bhd dan Puan Hasnuren binti Mohd Huzali, wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Sehubungan dengan itu, Kompleks Sukan Komuniti Krubong telah ditutup bermula 1 Julai 2025 untuk menjalankan kerja menaiktaraf semua fasiliti dalam kawasan kompleks. Para pelanggan masih boleh membuat tempahan fasiliti sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui talian : 06-2321116 .