SESI VERIFIKASI ASET BAGI PROJEK MENAIKTARAF KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI KRUBONG MELAKA

KRUBONG , 10 Julai 2025 – Telah berlangsung Sesi Verifikasi Aset dan Harta bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka daripada wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, wakil Jabatan Kerja Raya Daerah Melaka Tengah dan Fokus Efektif Sdn. Bhd. Lokasi ini akan menjalani proses menaik taraf keseluruhan bangunan dan tidak beroperasi sepanjang tempoh 18 bulan.
Sesi verifikasi ini bertujuan untuk memastikan aset kerajaan yang akan ditinggalkan di kawasan projek berada dalam keadaan selamat. Sesi verifikasi aset telah dihadiri oleh Encik Muhammad Razif bin Md. Said, Penolong Jurutera, Jabatan Kerja Raya Daerah Melaka Tengah, Encik Muhammad Aqmal Bin Abd Wahab, wakil Syarikat Fokus Efektif Sdn. Bhd dan Puan Hasnuren binti Mohd Huzali, wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Sehubungan dengan itu, Kompleks Sukan Komuniti Krubong telah ditutup bermula 1 Julai 2025 untuk menjalankan kerja menaiktaraf semua fasiliti dalam kawasan kompleks. Para pelanggan masih boleh membuat tempahan fasiliti sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui talian : 06-2321116 .

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search