FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2025

𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟮 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Mydin Pulau Sebang Hypermarket. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah dan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Padang Sebang.
Penganjuran fiesta ini bertujuan untuk mencungkil serta mengembangkan bakat dan kemahiran generasi muda dalam pelbagai bidang, khususnya dalam seni persembahan seperti 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗱 𝗞𝗮𝗸𝗶 𝗙𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 (Rakan Mahir), 𝗗𝗼𝗼𝗱𝗹𝗲 𝗔𝗿𝘁 (Rakan Ekspresi) dan 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 (Rakan Bumi).
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah :-
𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗼𝗼𝗱𝗹𝗲 𝗔𝗿𝘁 yang mendapat penyertaan seramai 125 orang pelajar.
𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 dengan penyertaan 26 orang pelajar.
𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗱 𝗞𝗮𝗸𝗶 oleh Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dari SMK Dato' Dol Said dan Pasukan Kadet Polis dari SMA (JAIM) Al-Asyraf, melibatkan seramai 40 orang anggota setiap pasukan.
Majlis Penutup dirasmikan oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗮/𝗹 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, Exco Belia, Sukan dan NGO's Negeri Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah; 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗕𝗮𝘀𝗵𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah; 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝘇𝗶𝘇, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah dan 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗶𝗿𝗱𝗮𝘂𝘀 𝗯𝗶𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang.
Barisan juri pertandingan terdiri daripada guru - guru lantikan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, manakala pertandingan Doodle Art turut dinilai oleh 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗿. 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗭𝗮𝗸𝗮𝗿𝗶𝗮, Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka selaku juri khas.
Majlis diserikan lagi dengan lawatan VIP ke ruang pameran hasil karya para peserta pertandingan Doodle Art dan Inovasi Kitar Semula.
Program ini bukan sahaja menjadi platform mengasah bakat anak muda, malah turut memperkukuhkan semangat kerjasama antara agensi dan organisasi belia dalam melahirkan generasi yang lebih berdaya saing, kreatif dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search