BANDA HILIR, 6 Julai 2025 - Telah berlangsung aktiviti senamrobik Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Melaka Tengah bertempat di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Life In Balance Aerobics Club. Aktiviti ini berkonsepkan senamrobik regangan sebelum peserta memulakan larian Rentak Bertandak Fun Run 2025. Lebih dari 300 orang peserta yang mengikuti aktiviti ini. Turut hadir bersama Pengarah JBS Melaka, Tuan Zailani Bin Siran.
PUTRAJAYA, 7 Julai 2025 - Telah berlangsung Sesi Pembentangan Laporan Kajian Penilaian Outcome (KPO) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merupakan wakil Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan tajuk pembentangan berkaitan Projek Menaik Taraf Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka. Sebanyak 4 agensi di bawah KBS telah terpilih untuk sesi pembentangan KPO dengan tajuk kajian berbeza antaranya IKTBN Wakaf Tapai, IYRES, Perbadanan Stadium Bukit Jalil dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Pembentangan Laporan Kajian Penilaian Outcome (KPO) Kementerian Belia dan Sukan bagi Projek Menaik Taraf Kompleks Rakan Muda Alor Gajah telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JBSNM Encik Zailani bin Siran bersama Penolong Pengarah Sukan, Encik Mohd Khairol bin Kamis dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Encik Sodikin bin Ali. Hadir sama Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, Encik Mohd Azreen bin Abd Aziz, wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
BANDAR HILIR, 6 Julai 2025 - Pertandingan Konda Kondi Negeri Melaka telah berlangsung Sempena Rentak Bertandak Antarabangsa 2025. 3 kategori telah dipertandingan dalam pertandinganan tersebut iaitu Terbuka, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. . Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka tidak ketinggalan menghantar pasukan bagi menyertai kejohanan ini. Sebanyak 48 pasukan dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta telah menghantar pasukan mereka. . Suasana di Bandar Hilir, Melaka cukup meriah dengan kedatangan pengunjung yang bersorak memberi semangat kepada pasukan yang bertanding. Dalam pertandingan ini, pasukan JBSNM Warrior telah berjaya mendapat tempat Ke-7. Mereka membawa pulang Wang Tunai RM500, Pingat dan Sijil Penyertaan. . Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga teruskan kejayaan pada pertandingan yang akan datang.
AYER KEROH – 5 Julai 2025, Seramai 56 peserta daripada badan sukan Zon Selatan yang merangkumi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah menghadiri Program Townhall Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Hari Bertemu Pelanggan Zon Selatan yang berlangsung di Hotel MITC, Ayer Keroh. Program ini memberi peluang kepada para pemegang taruh badan sukan untuk bertemu secara langsung dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Encik Suhardi bin Alias bagi berkongsi pandangan, mengemukakan cadangan serta mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan hal ehwal pengurusan dan pembangunan badan sukan masing-masing. Sesi townhall yang diadakan turut menampilkan sesi dialog terbuka yang membolehkan pertukaran pandangan secara konstruktif antara pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan badan-badan sukan, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama serta kefahaman terhadap dasar dan peraturan sedia ada. Turut hadir Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh tadbir urus badan sukan di peringkat kelab, daerah dan negeri. Sejurus selepas sesi townhall, program diteruskan dengan Hari Bertemu Pelanggan PJS, di mana wakil-wakil badan sukan diberi ruang untuk bersemuka secara individu bersama pegawai-pegawai PJS. Sesi ini bertujuan menyelesaikan pelbagai urusan pentadbiran dan teknikal badan sukan secara terus, serta memberi penjelasan kepada sebarang isu berbangkit.
AYER KEROH, 4 Julai 2025 - Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Melaka 2025 bakal berlangsung pada 20 Julai 2025. Dalam usaha untuk memastikan pelaksanaan LSK Melaka 2025 ini berjalan dengan lancar satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Hadir bersama wakil daripada Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka, Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka dan Persatuan Ping Pong Negeri Melaka.
AYER KEROH, 4 Julai 2025 - Selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan di Jabatan, satu mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan Bilangan 1/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ini merupakan mesyuarat berkala yang bertujuan untuk memastikan keselamatan dari aspek fizikal, dokumentasi dan ICT sentiasa terjamin.
BUKIT KATIL, 3 Julai 2025 - Sempurna seketika tadi kunjungan hormat YBrs Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah JBSNM bersama YS PPjB Mohd Zaidi Bin Haji Ma’at, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka. Kunjungan lebih satu jam itu bertujuan untuk terus mengukuhkan kolaborasi jabatan bersama pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Melaka. Antara lain input kunjungan adalah berkaitan permohonan kerjasama bagi menjayakan program Latihan Kebakaran dan Ujian Sistem Pencegah Kebakaran di JBSNM yang dijangka akam diadakan pada 21 Julai 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka yang akan disertai oleh kakitangan JBSNM. Turut hadir sama ke sesi tersebut En Mohd Khairol Bin Kamis, Pen. Pengarah Kanan JBSNM yang juga merangkap Pegawai Keselamatan JBSNM.
AYER KEROH, 2 Julai 2025 - Pasukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka membuat latihan di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh bagi persiapan Pertandingan Konda Kondi Negeri Melaka 2025 yang akan berlangsung 5 Julai 2025 ini di Banda Hilir, Melaka. . Sebanyak 77 pasukan telah berdaftar dalam merebut hadiah kejohanan keseluruhan berjumlah RM11,500.00. . Terdapat 3 kategori dipertandingkan iaitu Terbuka, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
KUANTAN, PAHANG 2 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Para Olahraga Negeri Melaka yang telah berjaya memenangi 5 emas, 2 Perak dan 3 Gangsa di Kejohanan Para Olahraga Kebangsaan Kali Ke-2 Allianz MSN POPM 2025 yang berlangsung di Kuantan, Pahang. KEPUTUSAN: Muhammad Zikri bin Zakaria (F55)� Lontar Peluru� Lempar Cakera Muhammad Haikal bin Razan (F41)� Lontar Peluru� Lempar Cakera Muhammad Hafiq Hizwan bin Norizan� 200m� 100m Muhammad Fakhrul Erfan bin Azri (T20)� Lompat Jauh Mohamad Khairulnizam bin Mohamad Ali (F13)� Lempar Cakera� Rejam Lembing Hendrizal bin Sarman (F57)� Lontar Peluru Tahniah dan terima kasih buat jurulatih dan atlet. Anda kebanggaan kami