SESI PEMBENTANGAN LAPORAN KAJIAN PENILAIAN OUTCOME (KPO) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA OLEH JBS MELAKA BERJALAN LANCAR

PUTRAJAYA, 7 Julai 2025 - Telah berlangsung Sesi Pembentangan Laporan Kajian Penilaian Outcome (KPO) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merupakan wakil Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan tajuk pembentangan berkaitan Projek Menaik Taraf Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka. Sebanyak 4 agensi di bawah KBS telah terpilih untuk sesi pembentangan KPO dengan tajuk kajian berbeza antaranya IKTBN Wakaf Tapai, IYRES, Perbadanan Stadium Bukit Jalil dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Pembentangan Laporan Kajian Penilaian Outcome (KPO) Kementerian Belia dan Sukan bagi Projek Menaik Taraf Kompleks Rakan Muda Alor Gajah telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JBSNM Encik Zailani bin Siran bersama Penolong Pengarah Sukan, Encik Mohd Khairol bin Kamis dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Encik Sodikin bin Ali.
Hadir sama Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, Encik Mohd Azreen bin Abd Aziz, wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search