- JBS Melaka
- Hits: 49
SESI TOWNHALL PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA BERSAMA BADAN SUKAN ZON SELATAN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 49
AYER KEROH – 5 Julai 2025, Seramai 56 peserta daripada badan sukan Zon Selatan yang merangkumi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah menghadiri Program Townhall Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Hari Bertemu Pelanggan Zon Selatan yang berlangsung di Hotel MITC, Ayer Keroh.
Program ini memberi peluang kepada para pemegang taruh badan sukan untuk bertemu secara langsung dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Encik Suhardi bin Alias bagi berkongsi pandangan, mengemukakan cadangan serta mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan hal ehwal pengurusan dan pembangunan badan sukan masing-masing.
Sesi townhall yang diadakan turut menampilkan sesi dialog terbuka yang membolehkan pertukaran pandangan secara konstruktif antara pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan badan-badan sukan, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama serta kefahaman terhadap dasar dan peraturan sedia ada.
Turut hadir Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh tadbir urus badan sukan di peringkat kelab, daerah dan negeri.
Sejurus selepas sesi townhall, program diteruskan dengan Hari Bertemu Pelanggan PJS, di mana wakil-wakil badan sukan diberi ruang untuk bersemuka secara individu bersama pegawai-pegawai PJS. Sesi ini bertujuan menyelesaikan pelbagai urusan pentadbiran dan teknikal badan sukan secara terus, serta memberi penjelasan kepada sebarang isu berbangkit.