KUNJUNG HORMAT PENGARAH JBSNM BERSAMA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI MELAKA

BUKIT KATIL, 3 Julai 2025 - Sempurna seketika tadi kunjungan hormat YBrs Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah JBSNM bersama YS PPjB Mohd Zaidi Bin Haji Ma’at, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka.
Kunjungan lebih satu jam itu bertujuan untuk terus mengukuhkan kolaborasi jabatan bersama pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Melaka. Antara lain input kunjungan adalah berkaitan permohonan kerjasama bagi menjayakan program Latihan Kebakaran dan Ujian Sistem Pencegah Kebakaran di JBSNM yang dijangka akam diadakan pada 21 Julai 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka yang akan disertai oleh kakitangan JBSNM.
Turut hadir sama ke sesi tersebut En Mohd Khairol Bin Kamis, Pen. Pengarah Kanan JBSNM yang juga merangkap Pegawai Keselamatan JBSNM.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search