PASUKAN JBSNM WARRIOR SERTAI PERTANDINGAN KONDA KONDI NEGERI MELAKA 2025

BANDAR HILIR, 6 Julai 2025 - Pertandingan Konda Kondi Negeri Melaka telah berlangsung Sempena Rentak Bertandak Antarabangsa 2025. 3 kategori telah dipertandingan dalam pertandinganan tersebut iaitu Terbuka, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka tidak ketinggalan menghantar pasukan bagi menyertai kejohanan ini. Sebanyak 48 pasukan dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta telah menghantar pasukan mereka.
.
Suasana di Bandar Hilir, Melaka cukup meriah dengan kedatangan pengunjung yang bersorak memberi semangat kepada pasukan yang bertanding.
Dalam pertandingan ini, pasukan JBSNM Warrior telah berjaya mendapat tempat Ke-7. Mereka membawa pulang Wang Tunai RM500, Pingat dan Sijil Penyertaan.
.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga teruskan kejayaan pada pertandingan yang akan datang.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search