JASIN, 7 Julai 2024 - Kejohanan Bola Tampar Wanita sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Jasin 2024 telah menutup tirai dengan jayanya di Dewan Tok Senara, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin. Seramai 10 pasukan berentap bagi merebur hadiah berjumlah RM1,000 dan tempat mewakili daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka.
.
Berikut adalah keputusan :-
Johan - UV
Naib Johan - Aymohawk
Ketiga - Mimpi
Keempat - Kuntum JR
.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin. Turut hadir Md Yusuf Muhamad, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Jasin.
.
UVC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, Medal dan Sijil Penyertaan. Manakala Aymohawk membawa pulang wang tunai berjumlah RM300, Medal dan Sijil Penyertaan.
.
UVC dan Aymohawk akan mewakili daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung bulan hadapan.
.
Sijil Penghargaan turut diberikan kepada Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Jasin, Persatuan Bola Tampar Amatur Negeri Melaka dan Pejabat Daerah dan Tanah Jasin dalam membantu melancarkan perjalanan kejohanan.
.
Disediakan : Afiq Mazly
- JBS Melaka
- Hits: 106
