- JBS Melaka
- Hits: 96
NEON NIGHT FUN WALK @ SG UDANG MERIAHKAN PROGRAM WRUR DUN SG UDANG
- JBS Melaka
- Hits: 96
SUNGAI UDANG, 30 Mei 2025 – Suasana malam di Kompleks Teknologi Pertanian Sungai Udang bertukar menjadi lebih meriah dan berwarna-warni apabila lebih 300 peserta menyertai Neon Night Fun Walk @Sg Udang, sempena program WRUR Dun Sg Udang.
Acara yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam ini dianjurkan secara bersama oleh Japerun Sungai Udang dan MAYC Bukit Katil, dengan objektif memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan komuniti setempat.
Peserta yang mengenakan pakaian bercahaya neon memulakan aktiviti berjalan kaki sejauh 3 kilometer mengelilingi kawasan sekitar kompleks, sambil diiringi muzik, lampu LED dan pelbagai elemen interaktif yang menambah keceriaan acara.
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Bin.Yusoh Ketua Menteri Melaka. Turut hadir sama En. Zailani Bin Siran Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
Menurut penganjur, sambutan amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, belia, serta warga emas. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal, malah turut memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.
Pihak penganjur turut menyatakan harapan agar acara sebegini dapat dijadikan acara tahunan, sekali gus memperkukuh gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan komuniti DUN Sungai Udang.