MERLIMAU, 19 Jun 2024 - Program Projek Raya Korban 1445H/2024M telah berlangsung dengan jayanya di rumah Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin, Khuzaimah Abdullah di Kampung Ayer Tawar, Merlimau.
.
Seramai 25 orang ahli dari 6 badan gabungan hadir dalam memeriahkan dan melancarkan perjalanan program. 20 pek daging agihan telah disediakan untuk disumbangkan kepada 20 keluarga asnaf yang terpilih.
.
Majlis Perasmian telah disempurnakan YB Datuk Khadirah Datuk Seri Abu Zahar, Adun Kawasan Rim merangkap Pengerusi Majlis Gabungan Belia Melaka. Turut hadir ialah Muhammad Faizuddin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin dan Khuzaimah Abdullah, Pengerusi MGBD Jasin.
.
Projek Raya Korban 1445H/ 2024 ini anjuran MGBD Jasin dan HELAZ Bike Shop dengan kerjasama GB4B Caw Sri Nawar dan Kelab Sahabat Ar-Rahman Melaka. Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorban dalam menjayakan projek ini.
Disediakan : Afiq Mazly
- JBS Melaka
- Hits: 154
